Update FITNAH PH AKHIRNYA DIJAWAB MEREKA SENDIRI >> Berita Malay 18



Fitnah PH Akhirnya Dijawab Mereka Sendiri


Fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya lalu akhirnya terbukti dakwaan palsu, dan dinafikan oleh kenyataan pemimpin mereka sendiri.

Ini dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tulisan terbarunya menjelaskan tentang jumlah bangsa India tanpa taraf warganegara di Malaysia.

“Alhamdulillah, satu lagi fitnah Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.

“Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin PH sebelum ini.

“Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu,” katanya dalam tulisan disiarkan di Facebook beliau itu.

Tegas Najib, walaupun telah berkali-kali dinyatakan angka sebenar, pihak PH mendakwa kerajaan BN menipu dan mengulangi angka yang salah yang didakwa melebihi 300,000 orang.

“Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin PH kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.

“Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.

“Kini, ramai dari pemimpin-pemimpin PH yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.

“Dengan pendedahan kerajaan PH sendiri tentang jumlah kes yang sebenar, adakah mereka akan meminta maaf kerana telah ‘tersalah kira’ dua tempat titik perpuluhan?” katanya, menyindir helah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa tersilap memberi angka kerana kesilapan kedudukan titik perpuluhan.


Subscribe to receive free email updates: