Update Kenapa Wang Pulangan GST Masih Belum Dipindahkan Dari Kumpulan Wang Disatukan Kepada Tabung Amanah? >> Berita Malay 18


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya perlu mengumumkan berapa baki wang yang ada dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan dan kenapa Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak meluluskan permohonan RM19 bilion yang bertujuan untuk dimasukkan dari Kumpulan Wang Disatukan ke Tabung Amanah bagi pembayaran baki tuntutan pulangan (refund) GST dari tempoh bermula 9 Mei hingga 31 Mei  dari pihak kastam.

Dengan mengandaikan bahawa TS Erwan Serigar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi tempoh 9 Mei hingga 31 Mei 2018 telah ditukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), maka tiada siapa  yang boleh meluluskan permohonan Kastam, ketika itu.

Walau bagaimanaoun, GST sifar bermula 01/06/2018. Kenapa DS Dr Ismail Bakar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baru dilantik pada 12/06/2018 bagi menggantikan TS Irwan masih tidak meluluskan permohonan kastam selepas menjawat jawatan itu sehinggalah sekarang? Kenapa Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat mendakwa duit GST RM19 billion telah hilang dan dirompak?

Terdapat 2 kemungkinan iaitu;

1. Duit itu tak hilang dan masih ada di dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, DS Dr Ismail masih tidak meluluskan permohonan kastam untuk dipindah wang sejumlah RM19 bilion ke dalam Tabung Amanah untuk pembayaran pulangan GST.

2. Duit dalam Kumpulan Wang Disatukan telah digunakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) buat sementara waktu untuk pembangunan dan perbelanjaan pengurusan memandangkan Kerajaan PH telah kehilangan hasil sebanyak RM21 bilion akibat pengumuman GST sifar.

Keadaan bertambah buruk apabila Kerajaan PH terpaksa menggunakan sjumlah RM61 bilon untuk menstabilkan nilai ringgit agar tidak mencecah sehingga RM4.50 dalam tempoh beberapa bulan selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan dari Barisan Nasional.

Kesimpulannya, dalam mana-mana jeadaan sekalipun, tuduhan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa duit pulangan GST telah dirompak adalah fitnah. Lim Guan Eng perlu meletakkan jawatan kerana memfitnah di Dewan Rakyat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :