Ketua Setiausaha kepada kerajaan, Tan Sri Dr Ali Hamsa (gambar) akan bersara pada hujung bulan ini selepas memegang jawatan itu selama enam tahun.
Menurut laporan eksklusif oleh The Star, sumber daripada Jabatan Perdana Menteri berkata, kontrak beliau tidak akan diperbaharui.
"Hujung bulan ini, kontrak beliau akan tamat.
"Pentadbiran sebelum ini yang lanjutkan kontrak beliau," kata sumber terbabit.
Difahamkan, terdapat cadangan yang diberikan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekalkan Dr Ali, 63, sehingga hujung tahun ini.
Namun seorang sumber di pejabat Ketua Setiausaha itu yang mengesahkan tarikh perkhidmatan terakhir beliau adalah pada 29 Ogos ini.
Sebagai ketua perkhidmatan awam, Ketua Setiausaha tersebut adalah jawatan pegawai terpenting dalam kerajaan selepas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan anggota Kabinet.
Yang di-Pertuan Agong akan memperkenankan pelantikan Ketua Setiausaha selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.
Ketika Dr Mahathir mengambil alih pentadbiran selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau sering mempersoalkan kesetiaan kakitangan awam kepada kerajaan.
Beliau menjelaskan secara terang-terangan bahawa penjawat awam yang membantu dalam perbuatan salah laku kepimpinan sebelum ini harus meletakkan jawatan.
Antara kontrak mereka yang dipendekkan ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Related Posts :
Update [Video Najib Umno Hanya Berani Bubar Parlimen Bila Persempadanan SPR Diluluskan Agong] Tidak lagi menyerang Umno, Hadi kini keluarkan Amanat 2.0 terhadap DAP. >> Berita Malay 18Isnin, 26 Februari 2018
Masuklah Umno! Iskandar Samad sergah Hj Hadi?
PAS kini mengambil pendekatan lebih lunak dalam gerakan mereka ber… Read More...
Update [Video Haramkah Jatuhkan Kerajaan PAS Kelantan? Penjelasan Mantan Peguam PAS] Kit Siang seorang yang jujur tolak tol, yang lain hipokrit! KR1M dah GAGAL dan boleh jamin ke KR1M 2.0 tidak gagal? >> Berita Malay 18Isnin, 26 Februari 2018
Lim Kit Siang memang dikenali sebagai tokoh pembangkang veteran dan tegar dalam politiknya bersama DAP. … Read More...
Update [Video DAP serah Alor Gajah pada BERSATU & MCA akan terhapus di muka bumi ini!] MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan & MCA: Umno, PAS kini SALING MENGGODA. Haiyaaa... >> Berita Malay 18Isnin, 26 Februari 2018
TAK ADIL KALAU SELALU BERPIHAK KEPADA DAP, JIKA MCA JUGA RASIONAL, KENA SETUJU BETUL..
Bagaimanapun di harap mca… Read More...
Update [Video MAT SABU-Manifesto Buku Harapan, PM Tun M & TPM Wan Azizah...LINGKUPLAH Kerajaan BN!] Beras Ajaib Kini Kembali! Tapi Najib tak makan Nasi? Jangan sampai orang gelar Pak Aji temberang udah le. >> Berita Malay 18Isnin, 26 Februari 2018
Jangan sampai orang gelar Pak Aji temberang udah le
Sebuah media tempatan petik kenyataan presiden parti suci … Read More...
Update Sepuluh Orang Warga Rusia Ditahan Ketika Anjurkan Kelas Latihan Seks >> Berita Malay 18
BANGKOK – Sepuluh orang warganegara Rusia telah ditahan oleh polis Thailand ketika sedang menjalankan kelas latihan seks di Pattaya kerana… Read More...