Update [KUANTAN] PENUTUPAN JALAN SEMPENA MERDEKA >> Berita Malay 18



Penutupan jalan sempena Merdeka



Beberapa jalan sekitar Bandar Kuantan akan ditutup bagi tujuan raptai dan perarakan sebenar sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2018.

Penutupan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan dua fasa di mana bagi fasa pertama, jalan yang terlibat ialah Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Masjid dan Jalan Taman.

Manakala bagi fasa kedua jalan yang terlibat adalah Jalan Tanjung Lumpur, Jalan Besar, Jalan Teluk Sisek, Jalan Merdeka, Jalan Mahkota, Jalan Penjara, Jalan Taman dan Jalan Tanah Putih.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata, fasa pertama bermula jam 6.30 pagi hingga 12.30 pagi pada 28 dan 29 Ogos manakala fasa kedua bermula jam 9.30 pagi hingga 11.45 pagi 29 dan 31 Ogos 2018.

“Penutupan jalan fasa satu melibatkan kawasan sekitar dan hadapan Taman Kerang, Jalan Mahkota bermula dari susur masuk Jalan Bukit Ubi, sepanjang jalan Mahkota hingga ke Jalan Merdeka (Pejabat Pos).

“Jalan Bukit Ubi pula adalah dari susur Lembaga Tabung Haji menghala susur keluar ke Jalan Mahkota atau Taman Kerang. Di Jalan Masjid pula melibatkan jalan dari Hotel Shahzan Inn hingga ke Masjid Negeri. Sementara itu di Jalan Taman bermula dari persimpangan Jalan Mahkota menghala ke susur keluar Jalan Besar,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, pagi ini.

Beliau berkata, fasa dua pula jalan ditutup bagi tujuan lintas hormat kontinjen berkenderaan iaitu di Jalan Tanjung Lumpur hadapan KPJ menghala ke persimpangan lampu isyarat Jalan Teluk Sisek.

Manakala di Jalan Teluk Sisek pula akan ditutup bermula dari persimpangan lampu isyarat Teluk Sisek menghala ke Jalan Merdeka, Jalan Mahkota, Jalan Penjara, Jalan Tanah Putih (melawan arus di laluan bertentangan.

Sementara itu katanya, dari persimpangan lampu isyarat di Jalan Teluk Sisek menghala ke Jalan besar akan berlaku penutupan sementara selama sejam sebelum perarakan dan akan dibuka semula secara berperingkat.


Subscribe to receive free email updates: