 |
Imej via Google Image |
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambah bilangan kaunselor bagi membantu menangani isu kesihatan mental dalam kalangan guru.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, bilangan kaunselor yang ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah belum mencukupi bagi membantu guru-guru yang menghadapi stres dan masalah kemurungan.
Menurutnya, hasil kajian yang dijalankan Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan mendapati sebanyak 4.4 peratus daripada 48,258 responden atau lebih 2,000 guru mengalami stres pada tahap sederhana tinggi.
“Hasil kajian menunjukkan stres yang dialami dalam kalangan guru disebabkan beberapa faktor seperti isu keluarga, kewangan, pentadbiran, bebanan tugas dan kekurangan kemahiran dalam menjalankan tugas serta tidak dilatih menangani stres,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Senator Datuk Zahari Sarip yang ingin tahu mengenai masalah stres dan kemurungan dalam kalangan guru serta langkah penyelesaiannya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.
Sumber:
Kosmo Online
loading...
Related Posts :
Update Semua pihak perlu main peranan betulkan stigma pendidikan fokus peperiksaan - KPPM >> Berita Malay 18
NARATIF BAHARU AMALAN PENDIDIKAN
"Kita perlu mengembalikan sistem pendidikan negara ke jalan yang betul." Menegaskan perkara ini, YBhg Da… Read More...
Update [Video Papagomol! Syed Saddiq tak akan tarik laporan polis] Anwar: Jangan pakai nama Islam kalau nak bohong, fitnah. >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Isu berhala dalam surau WASPADA PROVOKASI MELAMPAU] Hilang sudah rasa malu, Parti Ana suka berbohong, jadi batu api! Hahahaha..gila juga otak nak mikirkannya yer..BOSSKU muka tak malu! >> Berita Malay 18Sabtu, 23 Februari 2019
Malu apa bossku? Hilang sudah rasa malu, suka berbohong, jadi batu api. Semuanya milik parti ana dibawah pemimpin … Read More...
Update Guru perlu ada kualiti, seronok bekerja, bukan kerana gaji, elaun - Maszlee >> Berita Malay 18
KETERLIBATAN KESATUAN KEGURUAN MENJANA KUALITI PENDIDIKAN
Dalam usaha melahirkan insan kamil selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Ke… Read More...
Update Jangan ganti kelas PJPK dengan Matematik, Bahasa Inggeris - Timb. Menteri >> Berita Malay 18
Imej via Malay Mail
GEORGE TOWN, 22 Feb — Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggesa pihak sekolah untuk tidak mengambil mudah … Read More...