Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebentar tadi berkata semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak 2012 berjumlah 3.1 juta, membabitkan nilai RM435 juta dibatalkan. Walau bagaimanapun, Kerajaan PH juga memutuskan AES akan diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, mulai 1 September ini dan ianya akan dikuatkuasakan dengan tegas dan tiada lagi diskaun. Menteri Pengangkutan pada 12/06/2018, baca di sini, enggan mengulas sama ada AES akan dimansuhkan atau tidak.
Maksudnya sehingga 31 Ogos ini saman AES tidak perlu dibayar. Namun, bermula 1 September nanti saman AES akan dikenakan semula dan wajib dibayar. Ini juga bermakna AES akan dikekalkan! Tahukah macai-macai Tomato sekalian, memansuhkan sistem AES ini adalah sebahagian daripada manifesto 60 Janji untuk 5 Tahun Kerajaan PPH di dalam PRU14?
Kesimpulannya, sempena ulang tahun pertama 10Janji 100 Hari Kerajaan PH, macai-macai Tomato kena kencing lagi.