Update Menteri Galakkan Tanam Nenas Di Belakang Rumah Nelayan Untuk Tambah Pendapatan >> Berita Malay 18



Menteri Pertanian Dan Asas Tani di dalam Dewan Rakyat berkata, nelayan tidak boleh berharap pada hasil laut. Nelayan perlu menanam nenas dan rambutan di belakang rumah untuk dijual bagi menambah hasil pendapatan mereka.

Persoalannya, untuk menanam nenas, berapa pokok boleh ditanam belakang rumah nelayan? Katakan 20 pokok memandangkan kebanyakan nelayan rumah meraka tiada kawasan lapang yang luas. Itupun tertakluk kepada keadaan tanah disebabkan nelayan kebanyakan tinggal di kawasan pantai yang berpasir.

Kita andaikan nelayan dapat menjual sebiji nenas dengan harga RM3.00, maka hasil pendapatan tambahan meningkat sebanyak RM60 dalam masa 14 bulan selepas ditanam.

Kesimpulannya, CTS merasakan Menteri Pertanian Dan Asas Tani perlu mencari alternatif lain untuk meningkatkan hasil pendapatan nelayan dan bukan seperti yang disarankan dengan menanam nenas dan rambutan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :