Update Menteri Pendidikan Tunai Haji Menaiki Penerbangan Kelas Pertama >> Berita Malay 18


Alhamdulillah. Pagi ini Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berangkat ketanah suci untuk menunaikan Haji. Dalam hal ini CTS meminta para pembaca untuk husnuzon atau bersangka baik.

Pertama, Dr Maszlee mungkin memilih pakej haji premium atau VIP yang membolehkan beliau menaiki kapal terbang Kelas Pertama. Kedua, ini bukan duit Rakyat sebaliknya adalah duit tabungan beliau sejak zaman persekolahan.

Cumanya CTS terkilan dua perkara. Pertama, apakah nasib 1,200 jemaah haji tajaan 1MDB  yang dibatalkan visa mereka walaupon ada yang mahu menunaikan haji dengan duit sendiri.

Kedua, inilah realitinya Kerajaan PH cakap tidak serupa bikin. Di saat kononnnya Kerajaan mewarisi banyak hutang dan hampir muflis dan  di saat Rakyat perlu menderma untuk Kerajaan., Menteri masih boleh bermewah-mewahan dan menunjuk-nunjuk di media sosial.

Apapun, selamat menunaikan Haji. Semoga dosa manifesto-manifesto dengan Rakyat yang tidak tertunai diampunkan Allah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :