Update (PJB MENTERI "GILO") Maszlee tak tahu arahan henti langgan Utusan Malaysia >> Berita Malay 18



Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik tidak mengetahui tentang memo yang dikeluarkan kementeriannya untuk menghentikan langganan surat khabar Utusan Malaysia seperti yang dilaporkan hari ini.

Katanya, beliau tidak pasti tentang maklumat itu kerana beliau hanya berada di Parlimen hari ini, bukannya di bangunan Kementerian Pendidikan.

“Saya tak pasti tentang memo itu, mana anda (wartawan) dapat maklumat tersebut?

“Saya kena tanya dulu lah, sebab kita dalam langkah berjimat cermat, surat khabar sekarang ni pun boleh tengok online (atas talian) apa?

“Sepanjang hari saya ada di sini (Parlimen), jadi saya tidak tahu, saya kena semak semula,” katanya selepas ditemui di perkarangan lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, satu memo dikeluarkan memberitahu Maszlee memohon agar langganan Utusan Malaysia bagi semua bahagian agensi, sekolah, universiti, kolej dan semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibatalkan serta merta.

Memo Pejabat Menteri Pendidikan itu ditulis oleh Penasihat Khas Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan dan disampaikan keoada Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Mohd Ghazali Abas bertarikh 18 Julai lalu

Mengulas lanjut, Maszlee berkata dia akan segera merujuk Wan Saiful berkenaan perkara itu.

“Nanti saya tanya Wan Saiful, saya akan semak dengan dia. Memo itu dengan nama dia kan?,” soalnya.

Subscribe to receive free email updates: