Update Satira Rabu - Saya yang menjalankan AMANAH >> Berita Malay 18


Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan telah menukar istilah yang sering digunakan oleh pegawai kerajaan,

"saya yang menurut perintah" kepada "saya yang menjalankan amanah".

Selepas Town Hall berkenaan, ahli BERSATU menjadi marah, mereka bertanya, "kenapa AMANAH saja?"

Maka Kerajaan PH pun tukar slogan kepada,

"Saya BERSATU yang menjalankan AMANAH".

Ahli-ahli KEADILAN pula menjadi marah dan tidak puas hati. Ini kerana KEADILAN paling banyak kerusi Parlimen.

Maka Kerajaan PH sekali lagi tukar slogan kepada,

"Saya BERSATU yang menjalankan AMANAH demi KEADILAN".

"Eh, why only your party, dap olso want meh?" ahli-ahli DAP pula memberontak.

Maka terbaru dan terkini, slogan yang digunakan adalah,

"Saya BERSATU yang menjalankan AMANAH demi KEADILAN. DAP ahh .."

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :