Sehingga sekarang saya masih bersedih apabila Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sebak apabila Perdana Menteri berkata,
Kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi Umat Islam yang berjaya melainkan kena baca Al Quran.
Beberapa hari kemudian, anak Perdana Menteri, Marina Tun Mahathir mengesa agar golongan LGBT di negara ini diberikan hak yang sama seperti manusia normal.
Kita tidak pasti sama ada hak yang diminta oleh Marina Tun Mahathir tentang sama rata meliputi hak nikah kahwin, hak bercerai, hak nafkah, hak penjagaan anak (kalau golongan ini boleh nendapatkan zuriat), hak penggunaan kemudahan awam dan sebagainya.
CTS bukan ustaz dan juga bukan hafiz. Namun, CTS amat pasti tiada di dalam Al Quran waima satu ayat pun yang mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Wallahualam.