Update SPRM tahan bekas Adun Kedah disyaki seleweng RM30,000 >> Berita Malay 18

 | August 14, 2018
Menurut sumber SPRM, lelaki itu disyaki memohon dana itu pada Februari 2017 untuk menganjurkan satu program, bagaimanapun selepas diluluskan wang itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.

Sumber SPRM berkata, bekas Adun itu ditahan ketika hadir
 memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah kira-kira 4 petang semalam.

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang bekas Adun negeri ini bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana khas menteri besar sebanyak RM30,000.

Sumber SPRM berkata, bekas Adun berumur lingkungan 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah kira-kira 4 petang semalam.
Menurut sumber itu, lelaki berkenaan disyaki memohon untuk menggunakan dana itu Februari 2017 dengan tujuan bagi menganjurkan satu program, bagaimanapun setelah diluluskan wang itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.

Sumber itu berkata, bekas Adun berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Sinar harian

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :