Update Tahniah Rule Of The Jungle ... Ehh Rule Of Law >> Berita Malay 18


Hari ini sahaja 4 orang pemimpin dan penyokong Kerajaan Pakatan Harapan digugurkan pertuduhan oleh Mahkamah Majesteriy.

Ini selepas timbalan pendakwa raya (TPP), Noorelynna Hanim Abd Halim memaklumkan kepada majistret bahawa pejabat peguam negara (AGC) telah menerima surat representasi dan bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan berhubung himpunan ‘Kita Lawan’ pada tahun 2015.

Mereka adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, bekas aktivis BERSIH, Mandeep Singh dan peguam Vince Tan.

Inilah yang dinamakan Rule Of Law, Malaysian Style. Semenjak Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, senarai pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang digugurkan kes mereka semakin hari semakin panjang. Termasuk kes di atas, di bawah adalah senarainya.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :