CTS langsung tiada keinginan untuk mengulas berita kononnya Perdana Menteri sekembalinya beliau dari lawatan rasmi di China telah memutuskan untuk membatalkan projek ECRL di Pantai Timur dan TSGP di Sabah.
Kenapa? Dalam tempoh 100 hari lebih Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, sudah berapa kali kita mendengar Kerajaan ini membuat 'u-turn'. Keputusan 'u-turn' dan 'round about' sudah menjadi darah daging mereka.
Kedua, CTS memberitahu beberapa rakan-rakan, berilah Perdana Menteri sedikit masa. Beliau tengah marah dengan layanan Kerajaan China kepadanya dan dikhabarkan beberapa permintaan beliau tidak dipenuhi.
Perdana Menteri berkemungkinan seorang yang pendendam dan menyimpan rasa. Namun, beliau bukan seorang yang bodoh. Anda rasa beliau tidak tahu kedua-dua projek ECRL dan TSGP ini mempunyai nilai tambah yang tinggi?
Anda rasa Perdana Menteri ke 7 terlalu bodoh untuk membayar ganti rugi tanpa mendapat pulangan apa-apa. Sekiranya anda berfikir begitu, anda masih belum mengenali Perdana Menteri ke 4 ini.