Akhbar harian milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini bersetuju mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia dibuat ekoran laporan mereka yang memetik calon BN untuk pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi parlimen Permatang Pauh Datuk Dr Mazlan Ismail.
Dalam laporan itu Mazlan mendakwa Anwar - yang mengalahkannya di kerusi berkenaan - menerima ribuan risalah yang mendakwa Anwar merasuah badan perundangan di negara ini.
Peguam Utusan Malaysia dan syarikat penerbitannya - Utusan Melayu (M) Bhd - Azhar Arman Ali berkata permohonan maaf itu akan disiarkan oleh akhbar berkenaan.
Bagaimanapun katanya tarikh siaran itu masih tidak ditetapkan kerana kedua-dua pihak belum memuktamadkan perkataan yang akan digunakan.
"Saya mendapat mandat hari ini untuk menyatakan Utusan bersetuju meminta maaf tetapi syarat dan perkataan akhir belum dimuktamadkan.
"Ia akan dilakukan pada 28 Sept ini," katanya.
Terdahulu Azhar Aiman bersama peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo; peguam TV3, Lim Qi Si; dan peguam Mazlan, Hasnal Rezua Merican bertemu Pesuruhjaya Kehakiman Faizah Jamaluddin di dalam kamarnya.
Minggu lalu media melaporkan bahawa Mazlan dan TV3 sudah bersetuju memohon maaf atas laporan tersebut.

Malaysiakini 29/08/2018
Related Posts :
Update SALJI `OREN' LANDA TIMUR EROPAH >> Berita Malay 18 Moscow - Femomena salji ‘oren’ yang melanda kawasan Timur Eropah menjadikan landskap pergunungan di Ukraine, Rusia, Bulgaria dan Roman… Read More...
Update Rais: 3 penjuru menangkan Umno hanya 'angan-angan Mat Jenin' >> Berita Malay 18Tan Sri Dr Rais Yatim berkata pertembungan tiga penjuru antara Umno, PAS dan Pakatan Harapan (HARAPAN) belum tentu menguntungkan parti Melay… Read More...
Update ANTIBERITA TIDAK BENAR: BANYAK CARA MELAPAH KUCING >> Berita Malay 18 BANYAK orang bertanya saya mengenai Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan di Parlimen pada 26 Mac. … Read More...
Update 'Speaker jangan tahan isu, nanti parlimen dituduh mandul' - Rais Yatim >> Berita Malay 18 Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim mengingatkan speaker supaya tidak menahan sesuatu isu daripada dibahas di parlim… Read More...
Update Putrajaya perlu akui masalah untuk selesaikannya, kata ahli ekonomi >> Berita Malay 18 … Read More...