Apa yang Hadi Awang mahu? Apa gerangannya Hadi terlalu marah atau takut dengan Anwar Ibrahim? Persoalan ini berlegar di kepala ramai ahli dan pemimpin PAS sendiri. Bagi segelintir rakyat bukan Melayu yg bersimpati dengan PAS, ketiadaan Nik Aziz Nik Mat dan terbentuknya Amanah menyebabkan mereka tidak lagi berminat dengan PAS.
Kenyataan dan tindak tanduk Hadi secara unilateral dalam banyak hal menyebabkan PAS kelihatan berundur ke belakang dalam arus perdana politik Malaysia baru. Pas atau lebih tepat Hadi barangkali terlupa kita kini berhadapan dengan generasi internet, digital. Dari Sabah hingga ke Perlis, masyarakat kita sudah bertukar menjadi masyarakat berteknologi- technological natives.
Maksudnya, maklumat dan ilmu bukan lagi monopoli mana mana kaum dan bangsa. Petani tua di Kuala Berang dan orang Asli di Cameron Highland sudah ada sel phone, dan anak cucu mereka pandai berinteraksi dengan iPad, Iphone yang menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan.
Budaya whatapps, facebook, ig, dan teknologi iCloud merakam dan menyimpan apa saja maklumat dan perbuatan kita. Kalau kitab besar di Loh Mahfuz akan mengadili amalan kita di akhirat nanti, Allah mencipta iCloud sebagai kitab rujukan untuk kehidupan dunia.
Transpirasi globalisasi menuntut makhluk supaya lebih berwaspada dalam setiap tindakan mereka. Kita dituntut menegakkan keadilan dan Ihsan, malangnya keadilan dan ihsan ini disempitkan pengertiannya untuk kepentingan politik sempit.
Kalau kita putar kembali tindakan dan ucapan Hadi Awang sejak memimpin PAS pasti kelihatan ketempangan dan kefasadan di sana sini. Biarlah ahli PAS sendiri bermuzakarah berkenaan kepemimpinan dan pemikiran Hadi. Tulisan ini hanya ingin menjawab persoalan di atas, mengapa Hadi terlalu marah atau takut kepada Anwar? Kenapa?
Sepanjang yang diketahui, sejak Anwar menyertai UMNO tahun 1982 hingga kini, Hadi tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai pemimpin ummah, jauh sekali memuji keterampilan Anwar sebagai pemikir dan pejuang bangsa.
Ketika seluruh pimpinan Pakatan Rakyat menjulang Anwar sebagai bakal PM dalam PRU 12 dan 13, Hadi terus membisu malah secara sembunyi berpakat dengan Tengku Razaleigh dalam PRU13. Sekiranya Nik Aziz masih hidup beliau boleh menceritakan bagaimana Hadi menjadi petualang kepada kegagalan projek 16 September selepas PRU12.
Hadi pernah marahi Anwar kerana menjadi khadam Dr Mahathir selama 16 tahun. Satu peristiwa yg Anwar tidak akan lupa. Kemarahan Hadi dijawab Anwar dengan mengucap terima kasih kepada Hadi kerana membantu Wan Azizah ketika beliau di penjara. Kini PAS bersendirian. Kerjasama dengan UMNO dalam PRU14 tidak berhasil. PAS terpalit dengan dosa IMDB dan masa akan menentukan survival PAS.
Pakatan Harapan sudah membentuk kerajaan. Walaupun ada yang kurang sempurna, kerajaan PH akan pertahankan naratif politik Malaysia yang merentasi kaum dan agama bagi menyelamatkan negara dan rakyatnya daripada kehancuran. Antara faktor terbesar kemenangan PH ialah kesepakatan bahawa Dr Mahathir sebagai PM ke 7 dan Anwar PM ke 8. Kedua dua mereka tidak memegang sebarang jawatan parti, tetapi diangkat sebagai PM dan bakal PM kerana ketokohan mereka diakui dunia.
Seandainya nama Anwar tidak dimaktub sebagai PM ke 7, mustahil PH mampu mengalahkan BN. Hadi memahami hakikat ini tetapi kerana marah atau takut kepada Anwar beliau sanggup menyokong kemungkaran Najib daripada membela keadilan untuk Anwar.
Apakah hak Hadi untuk menyuruh Mahathir kekal satu penggal sedangkan Mahathir sendiri berulang-kali mahukan Anwar menggantinya? Apakah tujuan Hadi menyelar Anwar sebagai tidak sabar sedangkan 20 tahun rakyat dan negara sengsara kerana tersilap memilih pemimpin? Kalau Mahathir dan Anwar bersedia melupakan sengketa lama demi menyelamatkan negara dan rakyat daripada kemusnahan, kenapakah Hadi terus memandang hina kepada Anwar?
Apakah ini sifat seorang Ulama? Kalaupun tidak ulama apakah ini sikap seorang pemimpin sebuah parti Islam? Hadi tidak mempunyai hak untuk mengatur perjalanan PH. Beliau sendiri tahu Mahathir dan Anwar tidak akan mendengar teguran beliau.
Keputusan PAS meletakkan calon di PRK Port Dickson adalah keputusan Hadi. Pada mulanya Hadi meminta bekas MB Selangor Khalid Ibrahim menjadi calon tetapi Khalid masih siuman dan menarik diri.
Sepanjang 60 tahun PAS berjuang di Negeri Sembilan parti itu cuma menang satu kerusi DUN saja di Paroi dalam PRU12. Hadi sedar calonnya di PD akan kalah tetapi kerana marah dan takut kepada Anwar, dengan bongkak dan sombong beliau memaksa PAS meletakkan calonnya. Ini satu pembaziran.
Walaupun tidak bergelar ulama, Anwar tidak pernah memandang jijik kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS. Anwar tidak pernah memusuhi Hadi walaupun Hadi dalam banyak perkara mengenepikan Anwar. Anwar tidak dikelilingi oleh lebai tetapi beliau bersahabat dengan lebih ramai ulama daripada Hadi.
Hadi marah kerana Anwar menyertai UMNO tahun 1982 dan merampas Parlimen Permatang Pauh, kerusi tradisi Pas. Kemasukan Anwar dalam UMNO menyaksikan kekalahan teruk PAS dalam PRU 1982. Semua pemimpin tertinggi PAS termasuk Hadi tewas. Hadi terpaksa mengeluarkan Amanat mengkafirkan UMNO untuk selamatkan PAS. Terbukti tindakan Hadi bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebenarnya Hadi lebih takut kepada Anwar daripada marah. Hadi pernah memberitahu beberapa orang kuatnya bahawa jika Anwar menjadi PM maka tidak ada harapan untuk PAS menawan kerajaan Pusat.
Hadi amat faham bahawa Anwar membawa pendekatan Islam yang progresif dan inklusif. Dengan jaringan persahabatannya di seluruh dunia Anwar berkemampuan membuka tirai feudalistik dan conservatif ummat Melayu.
Anwar memilih PD dengan komposisi pengundi 48 peratus Melayu, 30 peratus Cina, 22 peratus India dan kaum lain, kerana beliau bakal menjadi Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia. Anwar memilih PD bagi membuktikan Islam yang progresif dan inklusif merentasi kaum dan agama.
Anwar faham Nabi diutuskan untuk membangunkan ummah dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kesukuan dan kejumudan. Sedangkan Hadi mahu membangunkan Islam dan membiarkan ummah dalam kejahilan dan kemiskinan. Sesungguhnya Islam sudah terbangun sejak Adam hingga khiamat. Allah tidak menyuruh kita membangunkan Islam kerana Islam tidak pernah mundur dan maju.
Yang mundur dan maju dan perlu dibangunkan ialah ummahnya. PAS perlu mengkaji semula arah tuju dan pendekatan parti untuk terus relevan dalam politik Malaysia era baru. - f/bk
Ini ha, saya tunjuk sedikit tulisan Tun. Itu kalau you all faham la. Tun M hanya akan cakap apa yang dia tulis. Sekurangnya 7 kali tulisan ni biasanya ditaip dan dihantar balik kepada beliau dan akan diperbaiki. Pegawai beliau hanya cross check fakta-fakta sahaja. Kadangkadang nak cakap last minit pun baiki lagi.
Pernah juga dia boleh baca tanpa prompter sama dengan apa dia tulis. Ada satu kali tu prompter keluar benda tak sama apa beliau tulis "Eh saya tak tulis benda ni" masa tgh berucap. He will remember!
Kalau ada pegawai yang tulis, kadangkala dia akan potong hampir semua kali dan buat balik. Yang mungkin tinggal "Sekian Terima Kasih". - f/bk
Dalam Malaysia banyak
benda2 pelek berlaku...
Dia di atas ini kata dia yakin Kerajaan Harapan tidak melakukan kecurangan untuk haramkan Umno. Tetapi saya nak kata kepada dia ni jika parti itu didapati melanggar undang undang seumapamanya menggunakan wang hasil aktivi pengubahan wang haram jangan rasa mustahil kalau parti itu akan diharamkan sekali lagi.
Dalam negara ini banyak perkara yang berlaku dua kali atau berulang, antaranya;
1. Orang sama jadi PM dua kali.
2. Orang sama dijail dua kali.
3. Orang sama jadi Agong dua kali.
4. Pas penah bersama Umno pernah bergaduh dan kini berbaik semula.
5. Anwar pernah bertanding dalam Pirake kini bertandung sekali lagi.
Banyak lagi perkara berulang begitu juga dengan pengharaman Umno. Bukan itu sahaja perbalahan kedua antara antara Dr Mahathir dan Anwar juga boleh terjadi. - MSO
Love me, love me not...
I am afraid Hadi Awang may be a little depressed now, dejected by the attitude of a "trusted friend".
Barely two weeks ago, Ahmad Zahid and his people showed up at PAS general assembly and there was handshaking and hugging to declare to the world the friendly cooperation between their two parties.
Zahid said in a press conference that it was natural for the two parties to work together as they were both opposition parties now. Many anticipated a honeymoon for Umno and PAS, and that they would tie the knot within days.
As leaders of both parties claimed, they wanted to fight together for the future of Muslims and Malays. Unfortunately there are simply too many hypocrisies in political relations post-GE14.
Before we realize it, Umno is already starting to throw in some goodwill gestures to PH. Zahid said he had met up with Mahathir twice.
He told the media it was due to political considerations, as "we don't want to be opposition party". Ahmad Zahid's opportunistic behavior stems from the fact he is uncertain about Umno's position.
He wants to work with PAS to strengthen the opposition and fight the PH government, but at the same time he wants to forge a new relationship with PH and gain a backdoor access to the government, It is this ambiguous stand that explains Umno's absence from Port Dickson by-election.
Umno leaders with clearer minds like Khairy Jamaluddin and Hishammuddin have insisted to field a candidate in PD, but Zahid argues that Umno will not take part in a by-election purportedly created to fulfill the wish of an individual.
Zahid tries to avert a heads-on competition, and clash, with Anwar. I believe Hadi Awang is way more sober than the ex-DPM, as we have already seen that PAS is keeping a respectable distance of late.
Even though several PAS leaders have earlier claimed that their party would stay away from Port Dickson, it has now decided to put a leg in it.
PAS' attitude is more explicit than Umno's. As an opposition party for so many decades, PAS is well aware of its role and has its long-term objectives. Even if it is dead sure it won't beat Anwar in PD, the war must still be fought.
Moreover, it understands that the only way to become the government is to win the election, not buy a backdoor ticket to Putrajaya.
Perhaps Hadi and his team are able to see more clearly that Umno is not going to be a reliable partner, and should therefore draw a line between them before it gets too late. - mysinchew
PDRMsia @SKMM_MCMC harap ambil tdkkan segera
zahid
Ucapan Zahid dekat PBB tahun lepas ni tak tahu la siapa yang tulis kan...
Dok puji kerajaan sendiri tak habis habis...
P.Ramlee dulu dh tunjuk kat kite.Kerana Bahlol,Tak Cerdik org tu dilelong,
jadi khadam. Skrg cerita tu terbukti..Lebai pulak yg kene jual, jadi Khadam UMNO...
Tuuu dia..ibarat UMNO dan PAS kini..
cheers.