Kementerian Kewangan pagi tadi telah memuatnaik satu posting infografik di laman rasmi Facebook mereka yang memaparkan perbandingan harga barangan di bawah cukai SST dan cukai GST.
Pertama, pengiraan untuk GST yang ada di dalam infografik ini ternyata salah kerana tidak mengambil kira input GST yang boleh dituntut balik oleh pengilang, pemborong dan peruncit. Jika mengikut pengiraan yang betul, harga jualan kepada pengguna di bawah cukai GST dengan menggunakan margin keuntungan yang sama sepatutnya RM152.64 dan bukan RM171.49.
Kedua, kalau diikutkan infografik yang dikongsikan di laman Kementerian Kewangan Malaysia, SST hanya dikenakan diperingkat urusan diantara pengilang dan pemborong.. Tapi kenapa resit-resit ini pula menunjukkan SST turut dikenakan kepada Rakyat.
Selepas menyedari kesalahan itu lantaran dikecam pengguna Facebook, Kementerian Kewangan telah memadamkan posting FB ini beberapa jam kemudian.
Integriti Kementerian Kewangan tentang hal cukai dan pengiraan amat penting dan kesalahan dalam pengiraan cukai begini tidak patut dilakukan. Bagaimana sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap cukai itu sendiri tidak tahu pengiraan yang betul?