Update Cyro Tomato Kerajaan Mainkan Isu Tandatangan Surat Tidak Sama? Apa Kata DS @NajibRazak? >> Berita Malay 18

Para propagandis dan cybertroopers Pakatan Harapan berusaha menimbulkan keraguan dengan membesarkan bahawa tandatangan pada surat dari kerajaan Arab Saudi yang menunjukkan ada persetujuan untuk menderma kepada “tabung politik” bagi menghadapi pilihan raya 2013 adalah berbeza.

Alasan ini dikemukakan bagi menimbulkan keraguan dan persepsi negatif umum bahawa Putera Abdul Aziz dan Putera Faisal tidak mengenali dekat DS Najib Tun Razak sehinggakan sanggup menderma bagi "tabung politik" berkenaan dan wang RM2.6 billion adalah wang rompakan, kononnya.

Bagaimanapun, apa yang nyata ialah, tuduhan hari ini tidak menyatakan mengenai dokumen rasmi bank yang menunjukkan pemindahan-pemindahan dana yang mengiringinya dibuat melalui akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari bank akaun milik Putera Faisal bin Turkey bin Al-Saud di Arab Saudi.

Kedua, semua pemindahan-pemindahan dana juga tidak pernah dipertikaikan oleh bank penerima ataupun Bank Negara Malaysia.

Ketiga, tuduhan berkenaan turut memilih untuk tidak menyatakan fakta bahawa DS Najib Tun Razak telah memulangkan RM2.6 bilion kepada Tanore beberapa bulan selepas menerimanya sebagaimana ditunjukkan oleh dokumen bank yang beliau kongsikan minggu lalu. Pemulangan dana yang disebut RM2.6b ini turut diakui oleh WSJ melalui buku ‘The Billion Dollar Whale’.

Baca jawapan DS Najib Tun Razak sepenuhnya di sini.



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :