Imej hiasan via Majalah Pendidik |
Walaupun mempunyai kelulusan tahap ijazah sarjana muda dan terpaksa pula menanggung beban hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), graduan terpaksa melupakan gaji yang setimpal dengan kelulusan dan menerima apa sahaja bayaran gaji yang ditawarkan.
Namun realitinya, sejak menamatkan pengajian pada Februari 2015, dia tidak pernah dipanggil untuk temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), menyebabkannya terpaksa mengalah dan memohon pekerjaan menggunakan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dia kini bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah perpustakaan di Perlis dengan gaji bersih maksimum RM1,050 sebulan iaitu gaji minimum di Malaysia.
“Saya harap kerajaan buka mata. Kami belajar sama sahaja seperti pelajar ISMP lain, tapi kenapa kelayakan kami seolah-olah tidak diiktiraf?
“Kami tidak mahu terus hidup dengan hutang PTPTN. Kalau boleh, kami nak juga bayar PTPTN hasil wang daripada pekerjaan dalam bidang yang kami belajar. Kami pinjam pun kerana mahu bergelar pendidik,” luahnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Seorang lagi graduan, Razimah Ismail, 29, pula berjaya menjadi guru di sebuah taman didikan kanak-kanak (tadika) swasta, namun ditawarkan gaji yang jauh lebih rendah berbanding sepatutnya.
Katanya, mempunyai ijazah dalam bidang PAKK menyebabkannya sering ditolak ketika memohon pekerjaan sebagai guru ganti di sekolah, selain majikan tidak yakin apabila mengetahui dirinya pemegang ISMP.
“Saya tidak boleh minta gaji tinggi, jadi terpaksa terima walaupun gaji rendah. Saya perlu bekerja demi kelangsungan hidup. Untuk tambah pendapatan, saya mengajar tuisyen secara separuh masa pada hujung minggu,” katanya.
Sumber: Utusan Online
loading...