BAITULMAQDIS - PALESTIN. Israel dilapor menebuk dan memecahkan dinding tembok Kota Lama di Baitulmaqdis untuk membina laluan baharu berhampiran Gerbang Damsyik.
Sumber Palestin di bandar yang dikepung itu berkata, beberapa pekerja dari majlis perbandaran telah membuat perubahan di bahagian dalaman Harat al-Nasara (Christian Quarter) sejak beberapa hari lalu.
Agensi berita Quds Press melaporkan, pengubahsuaian itu dibuat sebagai akses ke rumah penduduk Kristian di bandar tersebut, namun alasan utama di sebalik kerja pengubahsuaian itu adalah tidak jelas.
Pemimpin komuniti setempat, Basem Saeed Wajih memberitahu Quds Press bahawa penduduk tidak dimaklumkan mengenai sebarang kerja pengubahsuaian di kawasan tersebut.
"Tidak ada! Kami tidak dimaklumkan apa-apa perubahan melibatkan lorong atau laluan baharu di sini oleh Perbandaran Baitulmaqdis yang ditadbir Israel," ujarnya.
Israel sebelum ini dengan sewenang-wenangnya kerap memusnahkan infrastruktur di Baitulmaqdis.
Terbaharu, pihak berkuasa Israel memusnahkan kilang percetakan akhbar Palestin di Silwan.
Tentera Israel kemudiannya menahan dan menyerang dua penduduk Palestin yang bertindak merakam kejadian berkenaan.
Awal minggu lalu, Israel turut memusnahkan penempatan Palestin di kejiranan Sheik Jarrah meskipun tidak mempunyai arahan mahkamah untuk berbuat demikian.- Middle East Monitor
Related Posts :
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/02/update-video-saya-tak-ada-kuda-itu-kuda.html">Update [Video "Saya tak ada kuda, ITU KUDA PINJAM & tak bagi makan Quinoa" Dr M jawab Najib] Saya akan MENJELMA di Pekan HARI INI, Najib mula panik! >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018
Najib mula panik, fikir secara serius kemenangan PH, kata PKR
PKR berpandangan Datuk Seri Mohd Najib Razak k… Read More...
Update Doktor Mengakui Bahawa Dia Telah Menjalinkan Hubungan Seks Dengan 80 Lelaki. >> Berita Malay 18
ENGLAND: Seorang wanita yang bekerja sebagai seorang doktor dan juga pakar terapi seks telah membuat satu pengakuan di mana dia mengaku ba… Read More...
Update Bapa Mertua Ghairah Cium Menantu Semasa Majlis Perkahwinan. >> Berita Malay 18
CHINA: Seorang pengantin perempuan mengalami saat-saat yang memalukan apabila bapa mertuanya bertindak mencium dirinya di dalam satu majli… Read More...
Update [Video Warisan: Sabah TAK MATI Jika Tak Undi UmnoBN] SELEPAS TIDAK DIBERI RUANG BERUCAP, Isa Samad harus sedar siapa dirinya di sisi Najib! Apakah Najib sudah melupai Isa. >> Berita Malay 18Rabu, 28 Februari 2018
SELEPAS TIDAK DIBERI RUANG BERUCAP, ISA SAMAD HARUS SEDAR SIAPA DIRINYA DI SISI NAJIB
Semalam, dalam satu lagi pr… Read More...
Update Pelajar Tahfiz Ditahan Atas Dakwaan Mencabul >> Berita Malay 18
KOTA BHARU - Usman Shafie, 22 adalah seorang warga Myanmar yang merupakan seorang pelajar tahfiz di Tok Bali, Semerak, Pasir Puteh telah d… Read More...