Ketua Pengarah Kastam berkata, baca di sini,
Buat apa hendak panik. Rakyat boleh berbelanja seperti biasa dan SST sepatutnya tidak membebankan rakyat kerana banyak harga barangan sepatutnya turun.
Selain daripada Pegawai Khas Kementerian Kewangan, Tony Pua, Ketua Pengarah Kastam, DS T Subromaniam adalah orang yang begitu yakin harga barangan akan turun.
Hari ini 2 September. Mohon Ketua Pengarah Kastam senaraikan semua barang yang sudah turun harga berbanding dengan harga pada 31 Ogos.
Yang pasti harga reload top-up memang turun. Beli RM10, akan dikreditkan hanya RM9.43. Apa lagi tepuk!