 |
Imej via Roketkini.com |
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berhasrat untuk memansuhkan sekolah-sekolah pelbagai aliran di negara ini yang dilihat sebagai keistimewaan dan kekuatan negara yang seharusnya dikekalkan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kerajaan melihat selain murid-murid di sekolah rendah dapat menguasai ilmu, penting juga buat mereka untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
“Saya rasa setakat ini kerajaan PH tidak berhasrat untuk mememansuhkan sekolah-sekolah pelbagai aliran kerana kepelbagaian tersebut adalah kekayaan, keistimewaan dan kekuatan bagi Malaysia.
“Paling penting juga murid-murid di sekolah rendah ini dapat belajar bahasa ibunda masing-masing selain menguasai ilmu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Prof. Emeritus Tan Sri Ibrahim Shah Abu Shah dalam sidang Dewan Negara, hari ini.
Ibrahim Shah bertanyakan sama ada Kementerian Pendidikan mempunyai kaedah bagi memastikan murid-murid dari sekolah pelbagai aliran di negara ini dapat berinteraksi antara satu sama lain.
Jelas Nie Ching lagi, kementerian mempunyai kaedah bagi menggalakkan murid-murid dari sekolah pelbagai aliran ini dapat menjalankan aktiviti bersama-sama antaranya menerusi pelaksanaan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).
“Menerusi program RIMUP yang dijalankan di peringkat daerah ini, murid-murid dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) digabungkan untuk menjalankan aktiviti bersama.
“Selain itu, kementerian juga sentiasa menjalankan aktiviti aktiviti sukan dan akademik yang sentiasa melibatkan murid-murid pelbagai aliran sekali gus sebagai ruang buat mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain,” katanya.
Sumber - UTUSAN ONLINE
loading...
Related Posts :
Update [Video Najib Minta Gabung Dengan PH & Pas perlu berdamai dengan pembangkang, kerajaan] Ahli 3 juta Umno pun takut bertanding, ape ke heynya ahli sikit (Pas), TAK TAU LAH! Salafi Jihadi - tak mahu ke pejabat mufti sebab ada perempuan >> Berita Malay 18Rabu, 10 Oktober 2018
Salafi Jihadi - tak mahu ke pejabat mufti sebab ada perempuan
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zai… Read More...
Update CUKAI BARU DAN BAJET 2019 BAKAL RESIPI MALAPETAKA KEPADA EKONOMI NEGARA >> Berita Malay 18
Rakyat kini berada di situasi di mana Kerajaan menaikkan cukai tetapi mengurangkan bantuan rakyat, membuang pekerja di sektor awam dan… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/10/update-persatuan-pengguna-islam-ppim.html">Update Persatuan Pengguna Islam (PPIM) TEGUR YB "Samseng", percaya punca "Lonjakan Tugas" sebagai Pemandu Bas Kilang >> Berita Malay 18
Oleh: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
PPIM ingin menyatakan kebimbangan terhadap sikap angkuh dan sombong EXCO Pertanian… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/10/update-video-pelingkup-felda-mara-1mdb.html">Update [Video PELINGKUP Felda, MARA, 1MDB, Tabung Haji Itu Masalah PH Ke?] Saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo! "Wa punya taik, Lu olang cuci W000,000,000.00 manyak untung...TQ Malay Umno. >> Berita Malay 18Rabu, 10 Oktober 2018
Saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo
Tumpang sekole.
Skim Cepat Kaya Tanpa … Read More...
Update [Video Presiden Umno ZAHID beri keterangan di Pejabat SPRM] Tempat Raja atas takhta bukan dalam bilik lembaga & Bukan semua orang tahu peristiwa pada malam 9-10 Mei. >> Berita Malay 18Rabu, 10 Oktober 2018
Ulang Tegas Oleh Dr Wan Azizah Penting
A Kadir Jasin
HAKIKAT bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V,… Read More...