Update Kes Banglo Tanpa Kolam Renang Gugur, @guanenglim Terkejut >> Berita Malay 18


Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Guan Eng, 58, dan Phang, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang  mewakili Lim, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili  Phang, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo.

SPRM menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah dibuat Pejabat Peguam Negara dan bukannya suruhanjaya itu.

Peguam Negara tarik balik tuduhan terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon bukan setakat Lim Guan Eng terkejut. SPRM juga terkejut. Yang tidak terkejut hanya keseluruhan Rakyat Malaysia. Kami sudah jangka ini semua akan berlaku.



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :