Semalam beberapa mahasiswa menganjurkan duduk dan bantah untuk mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meletak jawatan Presiden UIAM. Bagi mereka pelantikan itu menunjukkan Kerajaan PH mencabuli hak autonomi Universiti.
Mahasiswa ini bukan buat apa-apa, tidak merusuh, tidak buat kecoh, cuma duduk bantah dan tidak makan sampai ke malam. Dari siang hingga ke malam mereka duduk dan mengharapkan Menteri hadir bertemu mereka.
Itu sahaja pinta mereka. Mereka mahukan Menteri mendengar suara mahasiswa. Malang sekali Polis pula yang muncul dan bertindak menahan semua yang terlibat.
Kalau dahulu mahasiswa pernah buat demo di hadapan Kememterian Pendidikan Tinggi mendesak Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tapi tidak pula ditahan Polis.
Ironinya, dalam era Malaysia Baharu di bawah Pakatan Harapan, baru dua tiga orang mahasiswa duduk dan bantah Menteri, pihak Polis bertindak buat tangkapan.
Kesimpulannya, jelas betapa teruknya Kerajaan hari ini sehinggakan pelajar tidak boleh hendak menyatakan bantahan terhadap pelantikan seorang Menteri.