Ketika berucap pada sesi ‘Dialog Bersama Tun M’ yang diadakan di London, anjuran Kelab Bunga Raya, Ahad lepas, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata hutang negara yang hampir mencecah RM1 trilion ringgit itu perlu segera dilangsaikan atau rakyat akan berdepan kesukaran. Perdana Menteri berkata, Hutang negara perlu dilangsaikan atau Malaysia bakal berhadapan status muflis.
Ironinya ketika di New York, Amerika Syarikat, Perdana Menteri dan rombongan tinggal di The Plaza Hotel. The Plaza Hotel, New York adalah sebuah hotel yang paling ikonik di dunia sejak 1907. Terletak di antara penjuru Fifth Avenue dan Central Park menjadikan Plaza Hotel sebagai hotel yang menawarkan penginapan termahal di New York.
Harga bilik penginapan paling biasa adalah lebih kurang RM4,000 hingga RM12,000 semalam manakala Suites untuk pemimpin-pemimpin dunia adalah dalam lingkungan RM60,000 hingga RM100,000 semalam.
The Plaza adalah hotel yang cukup popular dikalangan keluarga Di Raja seluruh dunia, manusia-manusia terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin dunia, selebriti bertaraf dunia, malah Presiden Donald Trump juga pernah mengadakan majlis perkahwinannya di situ pada 1993. Ianya adalah hotel paling diminati oleh putera puteri Di Raja Arab di New York.
Perdana Menteri Malaysia tiba dari London bersama isteri dan 11 orang entouragenya tinggal di Plaza Hotel selama 4 malam dari 24 hingga 29 September 2018 untuk menghadiri UNGA sebelum bertolak kembali ke London.
Dikatakan juga isteri, anak dan cucu semua sekali mengikut rombongan ke New York.