Update NAIK GAJI DAN PECEN TENTERA ANUAR MENANG ! >> Berita Malay 18

APA NAK SUSAHKAN SANGAT  UNTUK ANUAR MENANG !

POKOKNYA:

NAIKKAN GAJI DAN PENCEN PESARA TENTERA MAKA ANUAR PEJAM MATA BOLEH MENANG !!!
 
SEKARANGPUN DALAM PAKATAN HARAPAN RAMAI AHLI VETERAN APA NAK BIMBANGKAN.
 
JIKA BEKAS TENTERA DIANGGAP TIDAK DIHORMATI OLEH AHLI POLITIK TERNYATA ITU TIDAK BENAR, KERANA BEKAS TENTERA BIASANYA SEDIA BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN, INI ISU KECIL SAHAJA
 
TENTERA DAN BEKAS TENTERA RASANYA  AKAN BERI UNDI PADA ANUAR DENGAN MUDAH, TEPUK BELAKANG TENTERA DAN VETERAN SEKALI LEMAHLAH MEREKA.
 
-Pak Karamu-

Gesaan Anwar tidak tanding di PD tak disambut

AddThis Sharing Buttons

Arshad Raj
Arshad Raj
(Ubah saiz teks) 
 
GESAAN Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mempertimbangkan semula keputusan untuk bertanding di kerusi parlimen Port Dickson, tidak disambut.

Apabila teka-teki seluruh rakyat Malaysia terungkai, akhirnya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson.

Sebentar tadi, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah secara sukarela mengosongkan kerusinya buat Anwar bagi membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke lapan kelak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Port Dickson untuk Anwar]

Presidennya, Mohamed Arshad Raj, sebelum berkata, ini kerana penyandang kerusi berkenaan, Danyal Balagopal Abdullah yang merupakan bekas pegawai tentera perlu mengutarakan isu kebajikan anggota dan pesara tentera di Dewan Rakyat.

"Jika laporan berita itu terbukti benar, Patriot melihat keputusan parti itu tidak mempedulikan veteran tentera dan kepemimpinan PKR nampaknya tidak menghargai kehadiran seorang pegawai bersara tentera sebagai ahli parlimen.

"Kepimpinan PKR mesti memahami bahawa kehadiran veteran angkatan tentera di parlimen disokong oleh ribuan pesara yang dilihat mewakili mereka, dan suara mereka bergantung kepadanya," kata Mohamed Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Arshad berkata, keputusan meminta Danyal mengosongkan kerusi Parlimen boleh mengundang protes pesara tentera terhadap Anwar.

"Ia juga mungkin mempunyai kesan negatif terhadap calon-calon anggota tentera dalam pilihan raya di masa depan apabila para pegawai kanan tidak diendahkan," katanya.

Menurutnya, tiga pilihan raya kecil di Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong mencatatkan kadar peratusan keluar mengundi yang rendah, menunjukkan rakyat 'keletihan' untuk menghadapi pilihan raya lagi.

"Sekiranya pilihan raya kecil ini benar-benar diperlukan, Patriot menggesa kepimpinan PKR agar kerusi parlimen Port Dickson kekal dengan penyandangnya dan Anwar Ibrahim bertanding di tempat lain," kata Mohamed Arshad.- Malaysiakini

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :