Update Nobita @guanenglim Cuba Memanipulasi Prestasi Nilai Matawang Ringgit >> Berita Malay 18



Lim Guan Eng mendakwa Ringgit adalah antara matawang yang terbaik di dunia. Katanya nilai Ringgit Malaysia hanya susut 2.2% sepanjang tahun ini bermula Januari. Persoalannya siapa yang menjadi Kerajaan dari Januari hingga Mei 2018?

Lim Guan Eng sepatutnya hanya mengambilkira kedudukan nilai Ringgit sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran negara iaitu pada paras RM3.95 pada 08/05/2018 iaitu sehari sebelum kemenangan Pakatan Harapan dan bukanlah nilai pada awal Januari iaitu RM4.03.

Jika dikira nilai semenjak kemenangan Pakatan Harapan, Ringgit Malaysia telah susut sebanyak 4.7% berbanding nilai pada hari ini iaitu RM4.14. Trend penurunan ini juga adalah sangat ketara berbanding sebelum PRU-14 yang mana pada ketika itu nilai Ringgit meningkat dari RM4.03 pada Januari kepada RM3.95 sehari sebelum PRU-14.

Bagi memastikan nilai Ringgit tidak terus merosot, kerajaan Pakatan Harapan juga telah terpaksa mencairkan rizab antarabangsa sebanyak lebih USD5bilion semenjak kemenangan mereka. Ini bermakna, nilai Ringgit sudah tentu akan merosot jauh lebih teruk jika keputusan mencairkan rizab antarabangsa ini tidak dibuat.

Kerajaan Barisan Nasional dalam tempoh Januari sehingga April 2018 bukan sahaja telah menaikkan nilai Ringgit malah rizab antarabangsa sepanjang tempoh tersebut juga telah meningkatkan sebanyak hampir USD6bilion. Namun disebabkan kegagalan Pakatan Harapan mengurus kedudukan kewangan negara dengan baik, USD5bilion telah terpaksa digunakan bagi menampung kelemahan mereka.

Subscribe to receive free email updates: