Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) ditubuhkan pada tahun 1997. DS Najib Tun Razak (DSN) menjadi Perdana Menteri pada 2009. Semasa DSN mula menjadi Perdana Menteri, PTPTN sudah sedia hadapi masalah peminjam enggan membayar hutang. Malah masalah pembayaran balik pinjaman PTPTN ini berlaku sejak mula ia diperkenalkan lagi iaitu pada era Perdana Menteri ke-4 yang kini jadi Perdana Menteri ke-7.
PTPTN hadapi masalah peminjam tak bayar balik pinjaman kerana pembangkang pada masa itu menghasut rakyat untuk tidak bayar balik pinjaman. Pembangkang pada masa itu menjaja dongengan bahawa duit PTPTN adalah duit Rakyat, maka tidak perlu bayar balik. Pembangkang pada masa itu juga berjanji akan menghapuskan PTPTN jika mereka menubuhkan Kerajaan.
Pada kempen PRU14, pembangkang berjanji dalam 100 hari mereka menjadi kerajaan, mereka akan menangguh pembayaran balik pinjaman sehingga peminjam-peminjam capai gaji RM4000 sebulan. Janji ini tidak ditunaikan walaupun Pakatan Harapan kini telah menjadi Kerajaan lebih 100 hari.
Jadi, bertepatanlah apabila DSN membuat komen sinis di dalam laman sosial Twitter beliau hari ini terhadap Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan seperti di atas.