Update RAKYAT TERUS MEMIKUL BALA >> Berita Malay 18

INGATKAN BILA PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH, RAKYAT TERBELA, RUPANYA RAKYAT TERUS MENDERITA, MERDEKAAAAAA !!! 

SIFAR GST ! BARANG TETAP SAMA SEPERTI ADA GST, KERAJAAN KENA BUKA MATA, JANGAN BUKA TEMBOLOK !

LA NI DATANG PULA SST, MAKA BERTAMBAH TERBEBANLAH RAKYAT, APA YANG KITA FAHAM SST INI ADALAH DIKENAKAN TERHADAP "FAST MOVING ITEMS" MAKA TERBEBAN LAGI LA HIDUP RAKYAT !

 NAMUN, DISEBABKAN KITA TELAH MERDEKA MAKA LANTAK PI LA GST KE ATAU SST KE BIAQ PI, YANG KAUT UNTUNG UNTUK ANAK CUCU TETAP JUGA BERJALAN TERUS.

CONTOHNYA PEMBEKAL MINYAK PETRON PADA KERAJAAN, TETAP MENGAUT UNTUNG BUAT KRONI, RAKYAT JUGA TERTIPU DAN TERBANGANG ! 

MERDEKAAAA ! MERDEKAAAA !

HU,HU,HU PUTAR SANA PUTAR SINI, DIA ORANG JUGA SENANG !!!!

-Pak Karamu- 

 

‘Merdeka GST, selamat datang SST’

AddThis Sharing Buttons

SST
(Ubah saiz teks) 
 
MEMPERKENALKAN cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan kadar enam peratus pada 1 April 2015, mungkin bukan satu keputusan popular yang diambil oleh kerajaan terdahulu.

Tujuan pengenalan GST kerajaan ketika itu untuk mereformasikan sistem percukaian negara, mempelbagaikan sumber pendapatan negara dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.
Malaysia antara salah sebuah daripada lebih 160 negara melaksanakan sistem cukai itu yang disifatkan lebih cekap dan telus.

Malangnya, banyak cerita tidak enak melingkari sejak pelaksanaan GST. PH ketika masih bergelar pembangkang menjadikan GST sebagai modal politik untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Malah, satu Himpunan Mansuh GST diadakan setahun selepas pelaksanaannya sebagai desakan agar kerajaan memansuhkan cukai tersebut.

Alasan yang digunakan sudah tentulah cukai itu dikatakan membebankan rakyat serta menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

Susulan itu, PH dalam manifestonya berjanji untuk memansuhkan GST yang ternyata berjaya menambat hati rakyat.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, GST adalah antara faktor kepada tumbangnya kerajaan BN pada PRU14 lalu.

Sejurus mengambil alih kerajaan, PH pada 1 Jun lalu mengurangkan kadar GST kepada sifar peratus sebagai salah satu janji 100 hari mereka iaitu memansuhkan GST.

Namun, memansuhkan GST bukanlah bermakna rakyat tidak perlu lagi membayar cukai sebaliknya kerajaan PH kembali memperkenalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Di bawah sistem SST, peruntukan untuk perkhidmatan ditetapkan pada kadar enam peratus, manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelaksanaan SST pada 24 Ogos, 2018 selepas Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskannya masing-masing pada 9 Ogos dan 20 Ogos.

Dikuatkuasa secara rasmi hari ini, cukai ini tidak terkecuali daripada kritikan. Keputusan kerajaan ini dikatakan sebagai satu langkah ke belakang dan SST dilabel sebagai satu sistem lapuk.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya antara individu paling lantang menolak pengenalan SST yang disifatkan hanya akan merugikan rakyat.

Beliau menjangkakan rakyat akan dibebankan dengan kenaikan berganda harga barangan apabila SST dilaksanakan.

Begitu juga suara senada pemimpin-pemimpin BN lain yang menolak SST misalnya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mencadangkan GST dikekalkan namun dengan kadar lebih rendah.

Bagaimanapun, di pihak kerajaan mempertahankan langkah mereka ini walaupun diakui sendiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng bahawa GST merupakan sistem cukai yang lebih telus.

Menurut Guan Eng, SST tidak akan membebankan rakyat berbanding GST kerana kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun berbanding RM44 bilion yang dikutip daripada GST.

Menjawab kerisauan rakyat kononnya SST akan menyebabkan kenaikan harga barang, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa dakwaan itu tidak benar dan tiada asas.

Bagi rakyat sendiri sebagai pengguna akhir, tiada lagi alasan mahu didengar. Sama ada GST atau SST, mereka hanya mahu harga barang tidak ‘menjerut’ leher mereka tambahan pula dengan kos sara hidup yang semakin bertambah.

Subscribe to receive free email updates: