Update (SENTUH Tanpa Nafsu) PRK PD Mohd Saiful tak sabar nak jumpa Anwar >> Berita Malay 18


PORT DICKSON: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiba di pusat penamaan calon dekat sini, pagi Sabtu.

Mohd Saiful berkata dia tidak sabar untuk bertemu dengan bekas bosnya itu.

"Saya tidak sabar untuk bertemu dengannya di dalam dewan. Sudah agak lama tidak bertemu dengannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di sini, Sabtu.

Terdahulu semasa di luar perkarangan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Anwar dan Mohd Saiful dilihat janggal apabila mereka berjabat tangan sebelum memasuki pusat penamaan calon itu.

Mohd Saiful berkata dia sudah melupakan kontroversi membabitkan dirinya dan juga Anwar dengan memberitahu dia tidak akan membangkitkan isu tersebut semasa berkempen.

Katanya, dia akan mengutip dana untuk kempennya dan menegaskan dia adalah seorang calon bebas dan tidak disokong mana-mana pihak untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Ditanya mengapa dia memilih untuk bertanding di Port Dickson dan bukannya di Seri Setia, Balakong dan Sg Kandis, Mohd Saiful berkata ini adalah kerana "saya mahu berada di Parlimen."

"Saya sukakan PD. Oleh itu saya bertanding di sini. Saya dari PD dan dibesarkan di Seremban. Bapa saya juga merupakan bekas pengurus sebuah hotel di Seremban," katanya.

-mStar 

Subscribe to receive free email updates: