Ada kapal dah nak karam, tiba-tiba ada plok yang kesian bagi pelampung nak selamatkannya..
Siapa ek...
Siapa ek...
UMNO bukan lagi ‘tongkat Melayu’ – Tengku Zulpuri
Umno sedang mengalami krisis keyakinan paling berat apabila semakin ramai ahli akar umbi dan kepimpinannya keluar parti kata Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.
Menurutnya, jika selama ini Umno dicanang sebagai pembela dan ‘tongkat Melayu’, dinamik politik semasa saat ini menyebabkan Umno hilang gelaran tersebut.
Tambahan pula katanya rakyat semakin maklum tentang skandal dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin Umno dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.
“Pemimpin Umno menyeleweng, banyak kes rasuah, selepas itu bercakap soal kepentingan Melayu dan Islam; bukankah ini aneh dan memalukan?
“Isunya sekarang, rakyat Malaysia dan orang Melayu khususnya menolak Umno-BN sebab mereka menyeleweng amanah rakyat. Tak perlu mainkan sentimen kaum seumpamanya,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin tertinggi Umno yang membuat keputusan untuk keluar dari parti yang dianggotai mereka sejak sekian lama.
Pada minggu lalu, Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bertindak keluar Umno, selepas Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mustapa Mohamed mengambil langkah serupa.
Ia disusuli tindakan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, hari ini, yang mengumumkan keluar dari Umno.
Tengku Zul yang juga Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli turut tidak menolak kemungkinan keadaan itu juga disebabkan kelaziman Umno menggunakan wang sebagai ‘alat’ untuk mengekalkan kesetiaan.
“Umno, ketua-ketua bahagian Umno selama ini sudah terbiasa dengan wang dan projek, ini rahsia umum, semua pun tahu.
“Bila kerajaan bertukar, Umno dah tak ada kuasa lagi, sumber makin sedikit dan kelaziman itu ‘makan tuan’ kerana mereka tak biasa berdikari seperti pembangkang,” katanya.
Beliau berkata, Umno tidak lagi boleh mendabik dada dan berfikir seolah-olah mereka masih memegang kuasa dengan memainkan sentimen perkauman dan agama.
Sebaliknya, Umno kata beliau harus memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan membela seluruh lapisan masyarakat selain ejen semak imbang yang sihat dalam sistem demokrasi berperlembagaan yang di amalkan di negara ini. – Roketkini.com