Pilih Sulaiman, Gopal Sri Ram bukti Peguam Negara serius kendalikan pendakwaan
Tindakan Peguam Negara menyerahkan kepada dua peguam ternama, Haji Sulaiman Abdullah dan Gopal Sri Ram untuk mengetuai pendakwaan kes ke atas Najib dan 1MDB dipercayai menggembirakan banyak pihak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau percaya banyak pihak yang berasa gembira dengan berita berkenaan.
POSTED BY TUKAR TIUB
Menteri tak boleh lagi lantik pegawai sesuka hati
Menteri baharu dalam Kabinet Dr Mahathir Mohamad kini terpaksa mengikut peraturan tidak lagi dibenarkan menggunakan khidmat pegawai yang ramai seperti pentadbiran terdahulu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 September, 2018.
MENTERI baharu dalam Kabinet Dr Mahathir Mohamad kini terpaksa mengikut peraturan tidak lagi dibenarkan menggunakan khidmat pegawai yang ramai seperti pentadbiran terdahulu.
Setiap menteri berkenaan kini hanya dihadkan untuk melantik tidak lebih daripada 10 orang pegawai sahaja, kata seorang sumber kakitangan kementerian.
TMI.