SEORANG pelacur (kiri) bertindak melondehkan seluarnya selepas bengang gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Balai Polis Dang Wangi semalam.
KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan skandal kes 1MDB.
Lebih 70 keterangan daripada pelbagai individu berhubung siasatan telah direkodkan setakat ini.
Jika Najib pernah ditahan semalaman di SPRM mungkin keadaannya lebih selesa berhawa dingin..
Bagaimana pula jika Najib ditahan di lokap balai polis berbaju warna ungu?.. Adakah Najib mahupun Rosmah akan dpt layanan istimewa spt di SPRM? Sama2 kita nantikan..
Lebih 70 keterangan daripada pelbagai individu berhubung siasatan telah direkodkan setakat ini.
Jika Najib pernah ditahan semalaman di SPRM mungkin keadaannya lebih selesa berhawa dingin..
Bagaimana pula jika Najib ditahan di lokap balai polis berbaju warna ungu?.. Adakah Najib mahupun Rosmah akan dpt layanan istimewa spt di SPRM? Sama2 kita nantikan..
ADUN Chenderoh cedera kemalangan dalam perjalanan ke PAU 2018
Keadaan kereta (kanan) Zainun selepas merempuh sebuah lori yang terbabas dan terbalik di tengah jalan di Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan awal pagi tadi.
TAPAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 329 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, Zainun, 62, yang memandu kenderaan jenis Honda CRV dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agong UMNO yang bermula esok.
Dua lagi kenderaan yang terlibat adalah sebuah lori membawa muatan batu seramik dan kereta jenis Proton Exora.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati lori tersebut dalam perjalanan dari utara ke ibu negara.
Kosmo Online
IDEA KERAJAAN PERPADUAN HANYA HELAH ZAHID UNTUK ELAK DIHENTAM DALAM PAU2018
Hujung minggu ini, 29 dan 30 September, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya di PWTC, Kuala Lumpur.
Sesuai sebagai parti yang sudah kalah dan hilang kuasa, PAU2018 kali ini hanya diadakan selama dua hari saja berbanding lima hari ketika masih berkuasa dahulu.
Selepas lebih 4 bulan sejak kehilangan kuasa, UMNO yang diterajui oleh Zahid Hamidi ketika ini sedang berdepan kritikan di sana sini berikutan tiada program, aktiviti dan hala tuju yang jelas mampu digerakkannya dalam usaha untuk memulihkan parti.
Zahid Hamidi dilihat seolah-olah tiada upaya dan longlai dalam menggerakkan UMNO, meskipun negara dan kerajaan baru Pakatan Harapan sedang berdepan dengan banyak isu yang perlu ditangani serta boleh diambil peluang untuk menarik sokongan rakyat kembali kepada parti itu.
Lantaran itu, sudah kedengaran ada suara-suara perwakilan yang mahu mengkritik, menghentam malah memintanya meletakkan jawatan dalam PAU2018 ini jika beliau terus tidak mampu dan gagal memacu hala tuju ke arah pemulihan UMNO.
Dan secara tiba-tiba, beberapa hari menjelang PAU2018, Zahid Hamidi bersuara mengenai keterbukaan UMNO untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Katanya, UMNO terbuka ke arah pembentukan kerajaan perpaduan itu sama ada sebelum atau setelah Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad.
Kenapa setelah lebih 4 bulan tak berbuat apa-apa, Zahid Hamidi tiba-tiba muncul bersuara dan cakapnya pula tentang kemungkinan UMNO kembali sebagai kerajaan?
Meskipun semua pemimpin parti dalam Pakatan Harapan seperti PKR, DAP dan Bersatu telah menolak idea kerajaan perpaduan itu, tujuan Zahid Hamidi menimbulkannya tidak lain ialah untuk memberi harapan palsu kepada perwakilan PAU2018 agar terus bersabar dan beristiqamah bersama kepimpinannya.
Setidak-tidaknya dengan membayangkan UMNO boleh kembali menjadi kerajaan, malah turut memberitahu pertemuannya bersama beberapa pemimpin UMNO menemui Tun Mahathir baru-baru ini juga adalah bertujuan meneroka ruang kerjasama ke arah itu, Zahid Hamidi berharap dapatlah beliau menyejukkan hati perwakilan yang mula bising dengan kelemahan dan kelembapannya sebagai Presiden UMNO.
Realitinya Zahid Hamidi sedar pembentukan kerajaan perpaduan tidak lebih sekadar janji palsu dan angan-angannya saja kerana Pakatan Harapan sudah ada lebih daripada cukup majoriti dalam mentadbir negara dengan stabil.
Lagi pun, menjemput UMNO yang sudah ditolak rakyat, seperti kata Muhyiddin Yassin, adalah suatu perkiraan yang tidak munasabah bagi Pakatan Harapan kerana ia mungkin mendatangkan kemudaratan yang lebih buruk kepada kerajaan sedia ada. (ShahbudinHusin 28/09/2018)