KUALA TERENGGANU - Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan pasangan yang juga adik iparnya, dikenakan hukuman denda RM1,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat.
Wanita berusia 29 tahun dan bekerja sebagai guru tabika manakala adik iparnya, 25, yang tidak bekerja turut berdepan hukuman seminggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda dikenakan.
Keputusan dibuat selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Mengikut fakta kes, serbuan berwaran dilakukan di sebuah rumah di Pulau Musang, di sini, lebih kurang jam 10.45 malam, pada 26 Jun lalu.
Pintu utama yang tertutup rapat diketuk selama dua minit sebelum dibuka seorang wanita.
Pemeriksaan di dalam rumah mendapati terdapat seorang kanak-kanak sedang tidur di ruang tamu dan seorang lagi sedang tidur di dalam buaian.
Hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati ada seorang lelaki berada di dapur yang hanya memakai kain pelikat tanpa baju.
Soal siasat mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram, manakala kedua-dua kanak-kanak itu merupakan anak kepada wanita tersebut.
Wanita itu turut membuat pengakuan mengambil kesempatan bermadu kasih dengan adik ipar di rumah kerana suaminya berkursus.
Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar. - Sinar Harian
Related Posts :
Update [Video Anak Tupai] Annuar Musa serang Jelutong dengan lagu 'Anak Tupai' pula & Pindaan Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Bagi Bulan April, Jun, Julai & September 2019. >> Berita Malay 18Khamis, 21 Mac 2019
Pindaan Jadual Tarikh Pembayaran Pencen Bagi Bulan April, Jun, Julai & September 2019.
Annuar Musa serang Jeluton… Read More...
Update [Video Lompat parti di Sabah terkenal seluruh dunia, mereka tidak yakin dengan Umno] Tak perlulah hukum Najib dan Zahid cepat2 kerana UmnoBN dah TERSUNGKOQ, PAS pulak terus jadi bisu & Kerajaan PH TERUS BERBAKTI. >> Berita Malay 18Khamis, 21 Mac 2019
Tak Nak BN
Kami Viral
Ini pendapat peribadi saya
Pada saya, tak perlu hukum Najib dan Zahid cepat-cepat.... Dan dari s… Read More...
Update [VideoTIDAK BENAR Kerajaan abai mangsa keganasan di Christchurch] Walaun bila mengata orang tak ingat...Kalau Pas dan Umno ada lebih 5 kerusi di Perak pun, depa takkan dapat tubuh kerajaan sebab KUNCINYA ada kat Putrajaya! La ni ni orang gila dah macam2? >> Berita Malay 18Khamis, 21 Mac 2019
Jom Channel
Kerajaan Malaysia melakukan yang terbaik untuk membantu mangsa dan keluarga keganasan di dua masjid di Chri… Read More...
Update Dari Tangga 35 Di Zaman @NajibRazak Turun Ke Tangga 80 Indeks Negara Paling Bahagia Di Dunia >> Berita Malay 18
Semalam Khalid Samad dilaporkan berkata Malaysia menduduki tangga ke 35 negara paling bahagia di dunia.
Namun, semalam juga digg.com, … Read More...
Update KERJASAMA UMNO-PAS SERLAH KEANGKUHAN DAP YANG 'MACAM CACING KEPANASAN' >> Berita Malay 18
Keengganan Dap yang dilihat masih gagal memohon maaf atas keterlanjuran beberapa pemimpin mereka berhubung kerjasama UMNO dan PAS mem… Read More...