KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kerugian berbanding dolar AS apabila dibuka lebih rendah hari ini berikutan pelabur tidak memasuki pasaran memandangkan pembentangan Bajet 2019 Jumaat depan, kata seorang peniaga.
Pada 9 pagi, ringgit adalah 4.1710/1750 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1710 pada Khamis.
Ketua Dagangan Oanda Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata pembentangan Bajet 2019 menunjukkan arah pentadbiran baru dengan pelabur memberikan tumpuan terhadapnya.
“Ringgit dijangka meningkat lebih tinggi dan menguji tahap 4.18, menjelang pembentangan bajet berkenaan,” katanya.
Di peringkat luaran katanya, ulasan oleh naib presiden Rizab Persekutuan yang baru dilantik, Richard Clarida, bahawa lebih banyak peningkatan kadar faedah adalah kaedah terbaik kepada bank pusat Amerika Syarikat yang terus mengukuhkan dolar AS.
“Ini adalah petanda bahawa satu lagi peningkatan kadar faedah dijangka pada Disember,” katanya.
Bagaimanapun, berbanding mata wang utama, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0181/0221 daripada 3.0214/0242 pada Khamis, bagaimanapun berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.7105/7144 daripada 3.7098/7135.
Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.3460/3528 daripada 5.3780/3835 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7416/7466 daripada 4.7549/7595. - FMT
Related Posts :
Update [Video Arul Kanda CEO 1MDB paling 'bodoh' dalam dunia, kata Tony Pua & PM tidak mahu menteri dilantik terlibat korupsi] Daim: Mansuh GST, kembalikan subsidi minyak tak jejas ekonomi. >> Berita Malay 18Isnin, 14 Mei 2018
Daim: Mansuh GST, kembalikan subsidi minyak tak jejas ekonomi
Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahat… Read More...
Update [Video Anda Kenal Mat Sabu Sebagai Menteri Pertahanan? Bang Mat Masak Sendiri Untuk Jamu Tetamunya, PM sekarang] Pensyarah 'terkucil' terima 'renungan maut' Dr M letak jawatan. >> Berita Malay 18Isnin, 14 Mei 2018
Pensyarah 'terkucil' terima 'renungan maut' Dr M letak jawatan
Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff yang tul… Read More...
Update Ramai Adun BN lompat,Musa Aman dakwa dia masih KM... >> Berita Malay 18
Tan Sri Musa Aman mendakwa bahawa beliau masih ketua menteri Sabah yang sah dan masih belum meletakkan jawatan.
Setiausaha Akhbarnya Afei… Read More...
Update Ramai Ramai Gadis Bakal Kecewa, Syed Saddiq Sudah Berpunya? Tun Mahathir umum GST dimansuhkan] Jangan diganggu Tun M & Bantulah Tun Mahathir memulihkan negara ini. >> Berita Malay 18Isnin, 14 Mei 2018
USAHA TUN MAHATHIR PULIHKAN NEGARA JANGAN DIGANGGU, MALAH WAJIB DIBANTU
Hari ini adalah hari pertama Tun Mahathir Mo… Read More...
Update [Video sebelum PRU14 Mat Sabu: Saya cukup geram dengan Tun M & Saya dan Mahathir macam kekasih berbisik-bisik] Siapa bakal Timbalan Menteri 1 Pulau Pinang? >> Berita Malay 18Isnin, 14 Mei 2018
Siapa bakal Timbalan Menteri 1 Pulau Pinang?
Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun diketahui setelah Pengerus… Read More...