
Gagal bayar hutang, 4 buah kereta Jamal Yunos kena rampas
BERTINDAK atas arahan mahkamah, sebuah syarikat merampas empat kereta milik Datuk Seri Jamal Md Yunos, selepas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu gagal membayar hutang khidmat keselamatan diberikan kepadanya.
Empat buah kereta itu dirampas pada waktu tengah hari, hari Rabu (17 Oktober) dari sebuah kedai menjual kereta di Sungai Buloh, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik itu.
milosuam.

Ahli Umno diseru solat hajat

Anggota Umno diseru mengadakan solat hajat untuk presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya berdiri teguh di samping Zahid dan berdoa agar bekas timbalan perdana menteri itu diberikan kesabaran di saat-saat seperti ini.
"Saya menyeru kepada semua rakyat, penyokong dan ahli-ahli Umno agar mengadakan solat hajat memohon pertolongan dari Allah SWT sama ada secara berjamaah atau bersendirian," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Zahid.
Mk.