Penggulungan YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik
HALA TUJU PENDIDIKAN
* KPM bersetuju semua perubahan perlu dikaji dengan teliti berdasarkan pendekatan bottom-up daripada top-down
* Semua reformasi pendidikan tidak boleh berlaku semalaman. Oleh yang demikian, KPM telah mengenal pasti teras asas agenda reformasi pendidikan di Malaysia untuk dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan juga untuk jangka masa panjang dalam 3 bentuk iaitu:
Pertama: menekankan pendidikan berteraskan nilai dan kemanusiaan. Untuk itu, semua sekolah dan institusi pendidikan akan menerapkan nilai kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati serta menghidupkan kembali nilai sivik, budaya membaca serta nilai Islam yang sebenar.
Kedua: meningkatkan kualiti - KPM di era baharu mahukan lebih banyak hasil terutamanya kualiti para pendidik, kualiti kurikulum, kecekapan mengurus kos serta struktur PPD & JPN dalam ekosistem yang lebih mapan. KPM mahukan lebih ramai pemimpin yang berkebolehan untuk mengemudi perubahan ini di sekolah, institusi pendidikan TVET dan universiti.
Ketiga: autonomi & akauntabiliti harus dikembalikan kepada institusi pendidikan. Kerajaan baharu ini berpendapat kita tidak lagi boleh menganggap kita tahu yang terbaik untuk semua sekolah dan Universiti. Maka kunci untuk mengubah perkara ini dalam jangka masa pendek adalah dengan meminda AUKU. Ini akan kita selesaikan dalam masa terdekat.
TADBIR URUS UNIVERSITI AWAM (UA)
* Dalam era Malaysia Baharu ini, KPM serius dalam membawa agenda reformasi dalam pengurusan tadbir urus UA
* Usaha KPM dalam memastikan reformasi ini berlaku di Universiti adalah secara menyeluruh.
* Mahasiswa diberi autonomi dan suara yang lebih besar di dalam kampus, justeru KPM komited ke arah menubuhkan Student Union di Universiti-universiti Malaysia bagi memperkasa mahasiswa.
* Pilihan Raya Kampus di semua UA kini juga telah dikembalikan kepada kuasa mahasiswa, dimana mahasiswa sendiri yang mengendalikannya. Zaman campur tangan politik di dalam urusan mahasiswa telah berakhir.
* Alumni UA akan diperkasa bagi membantu Universiti menjana dana dan membina imej UA di persada dunia serta menghubungkan industri dengan UA dan meningkatkan daya pekerjaan.
* Sistem 'endowment' di UA juga akan diperkasakan. Pemerkasaan ini memerlukan pindaan beberapa peraturan berkaitanya.
* KPM juga ingin melihat UA kembali kepada roh Universiti sebagai pudat penghasilan ilmu dan cendekiawan. Malah UA sepatutnya melahirkan cendekiawan yang berperanan menyelesaikan kemelut dan masalah awam, rakyat dan negara.
MASALAH KECICIRAN MURID
* KPM memandang serius isu keciciran murid sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah di seluruh negara.
* KPM akan terus komited mencari jalan penyelesaian bagi memastikan semua anak-anak Malaysia mendapat peluang dan akses kepada pendidikan yang baik meliputi murid-murid tanpa dokumen dan Murid Bekeperluan Khas.
* KPM telah menjalankan Program Sifar Murid Cicir dan Jawatankuasa Peningkatan Enrolmen Menengah Atas (JPEM) adalah program rintis yang dilaksanakan dengan Menangani Murid Cicir dan Kanak-kanak Tidak Bersekolah Melalui Permuafakatan Antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dengan Pelibatan Pelbagai Agensi, Organsisasi dan Individu Setempat. Program rintis JPEM dilaksanakan di JPN Perlis, PPD Hulu Langat, PPD Langkawi, PPD Pasir Mas, PPD Kluang (Simpang Renggam) dan PPD Kulai.
* Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan juga bersetuju untuk mempermudahkan proses kemasukan kanak-kanak tanpa dokumen ke sekolah kerajaan
* KPM mahu memastikan tiada seorang pun kanak-kanak yang ketinggalan. Pendidikan adalah milik dan hak setiap kanak-kanak di Malaysia.
BAHASA MELAYU
* Dalam usaha untuk memastikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan dan bahasa perpaduan, terus dikembangkan dan diperluas, KPM melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)melaksanakan pelbagai program dengan kerjasama pelbagai pihak.
* KPM sedang merangka dua pelan komprehensif bagi menyemarakkan serta memperkasakan bahasa kebangsaan di pelbagai peringkat sosial iaitu Dekad Membaca Kebangsaan dan Dekad Bahasa Kebangsaan mulai tahun ini hinggalah ke tahun 2030.
* KPM telah membangunkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) sebagai satu kerangka dalam menentukan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, pegawai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
* Jawatankuasa mengkaji semula Dasar Buku Negara sedang digerakkan untuk memastikan dasar buku negara selari dengan perubahan revolusi maklumat.
* KPM juga dalam usaha untuk mempopularkan tulisan jawi sebagai tulisan warisan. KPM akan merangka strategi-strategi yang sesuai untuk tujuan tersebut.
BEBAN GURU
* KPM telah menubuhkan satu Jawatankuasa Mengkaji Beban Guru (JKMBG) yang bertujuan untuk menangani isu beban tugas dan tanggungjawab guru.
* Salah satu peranan JKMBG ialah mengkaji isu beban guru yang berpunca daripada pertindihan proses kerja, sistem dan penggunaan borang yang tidak berkaitan dengan tugas guru.
TAHFIZ DAN SEKOLAH MUBALIGH
* Bagi sekolah-sekolah tahfiz/Sekolah Agama Rakyat yang tidak mendaftar, KPM menggalakkan supaya mereka mendaftar dan menggunakan silibus yang telah disediakan oleh kementerian.
* Bagi memantapkan lagi silibus di sekolah tahfiz yang tidak berdaftar dengan KPM, satu Jawatankuasa Khas akan membincangkan silibus yang sesuai yang mempunyai pelbagai bentuk kurikulum untuk diselaraskan.
* KPM juga melakukan intervensi dengan menawarkan kursus-kursus kemahiran melalui kolej-kolej komuniti milik KPM.
* Murid daripada sekolah mubaligh pula sama ada yang berstatus sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pula sememangnya mengikuti silibus dan kurikulum yang sama dengan murid arus perdana, maka tiada masalah akreditasi standard bagi sekolah-sekolah ini. Mereka tidak pernah diabaikan dan dipinggirkan oleh KPM.
SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
* Fungsi SBP dikembalikan dan hanya mereka yang layak dari kalangan keluarga miskin B40 terutamanya golongan miskin kota, anak-anak pegawai rendah pasukan beruniform dan juga anak luar bandar dan pedalaman akan dipertimbangkan.
* KPM dalam usaha merangka dan menyediakan konsep baharu dalam urusan kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh selari dengan dasar Sekolah Berasrama Penuh yang mengutamakan murid miskin dan miskin bandar.
* Sejajar dengan Manifesto Pakatan Harapan, KPM juga sedang meneliti bebarapa strategi bagi menggalakkan masyarakat india untuk menghantar anak mereka ke SBP.
Sumber: FB Kementerian Pendidikan Malaysia
loading...