 |
Imej via Toronto Star |
PUTRAJAYA 11 Okt. - Kementerian Pendidikan telah membuat satu laporan polis berhubung perbuatan seorang individu yang menggunakan nama, logo kementerian serta jata negara kononnya untuk membantu mendapatkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan polis sudah dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya selepas mendapat maklumat terdaapt individu cuba memperdaya dan mempengaruhi guru-guru besar SJKT kononnya boleh menguruskan pemerolehan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan.
“Pihak kementerian tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan bagi tujuan mendapatkan peruntukan atau dana pembangunan kepada SJKT.
“Sehubungan itu, guru-guru besar dinasihatkan supaya berhubung terus dengan kementerian untuk sebarang permohonan peruntukan dan membuat laporan polis jika didatangani mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai ejen kementerian bagi tujuan tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
loading...