RAKYAT MALAYSIA TAK MAHU MUKHRIZ, KERANA KEDAHPUN TOLAK MUKHRIZ, APA YANG MENYEBABKAN ANAK MAHADHIR NAK DUDUK SEBAGAI TIM PERDANA MENTERI ? ANUARPUN BELUM TENTU LAGI !
TAPI KALAU MUKHRIZ TERUS DUDUK SEBAGAI GANTI AYAHNYA OK LAAAA !
-Pak Karamu-
Mukhriz layak ganti Wan Azizah
Dr Rusdi Omar
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU – Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah pemimpin yang layak menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri nanti.
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, Mukhriz dilihat mampu menggalas tanggungjawab tersebut bersama Anwar kerana kedua-dua pemimpin tersebut dilihat boleh mengendalikan hal ehwal negara dengan baik.
“Adunan pemimpin lama dan baru sangat-sangat ditagihkan oleh rakyat Malaysia bagi menjaga hak mereka masing-masing. Perkara ini mungkin akan berlaku sekiranya Dr Mahathir mengambil keputusan untuk berundur awal dan menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Anwar.
“Bagaimanapun, pada pandangan saya, lebih relevan jika Dr Mahathir masih terus menjadi Perdana Menteri dan dalam masa yang sama Anwar menjadi timbalannya. Gandingan ini sangat menarik untuk dilihat kembali setelah mereka berdua bergandingan selama hampir lima tahun dari 1993-1998.
“Namun jika Dr Mahathir mahu berundur, Anwar jadi Perdana Menteri, maka selayaknya adalah Mukhriz menjadi Timbalan kerana beliau yang paling senior dan berpengalaman selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti Bersatu,” katanya kepada Sinar Harian di sini.