Adakah kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus lebih baik daripada penyangak dan penyamun, soal Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau menimbulkan persoalan tersebut ketika merujuk pendapat Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (Tun M) dalam satu program anjuran Sinar Harian baru-baru ini yang mengatakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mensabotaj kerajaan PH kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus adalah lebih baik daripada penyangak dan penyamun yang mencuri duit kerajaan.
“‘Beg to differ’ dengan Tun. Jahil, tamak kuasa, ketiadaan fokus, penyangak dan penyamun adalah sama sahaja. Semuanya merosakkan.
“Mana boleh kata tamak kuasa lebih baik daripada penyamun. Orang tamak kuasa itulah yang akan menjadi maha penyamun atau maha zalim. Orang yang ketiadaan fokus itulah kerjanya nanti tidak ada lain sepanjang masa akan menjadi penyangak,” jelas Puad dalam catatan di Facebook miliknya.
Kalau pemimpin jahil pun Tun M kata boleh diterima, patutlah Kadir Jasin mencadangkan Menteri-menteri PH perlu disekolahkan semua, sinisnya lagi.
Related Posts :
Update Trump dapat berbilion, Najib dapat peluang bergambar, Malaysia sifar >> Berita Malay 18
Pemimpin Pakatan Harapan hari ini berkata tidak masuk akal Malaysia, sebuah negara membangun, mengeluarkan berbilion dolar untuk “memperka… Read More...
Update Khairy kata 'Azmin cetek soal pelaburan'. Ye ke ? >> Berita Malay 18
FMT Reporters
| September 14, 2017
Khairy berkata sudah tiba masanya pembangkang mengamalkan politik berteraskan idea dan intelek, b… Read More...
Update TONY PUAN ENGGAN MINTA MAAF >> Berita Malay 18
Walaupun sudah diberi peluang, wakil rakyat DAP, Tony Pua berpendirian tidak akan meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib… Read More...
Update [BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH >> Berita Malay 18
Kesal dengan sikap guru di salah sebuah sekolah di daerah ini, ibu bapa kepada seorang pelajar yang menjadi mangsa pukul di sekolah terb… Read More...
Update [BERA] ANAK DIBELASAH RAKAN SEKOLAH >> Berita Malay 18
Kesal dengan sikap guru di salah sebuah sekolah di daerah ini, ibu bapa kepada seorang pelajar yang menjadi mangsa pukul di sekolah terb… Read More...