Pelik sungguh peraturan Parlimen Malaysia Baharu. Bila Guan Eng menipu dengan mengatakan Kerajaan Kelantan tidak membayar gaji kakitangan, Speaker Dewan bertegas kata tak ada isu.
Namun, apabila DS Noh Omar menyindir Menteri Kewangan dengan hanya berpantun, Speaker Dewan bertegas meminta Ahli Parlimen Tanjung Karang berkenaan menarik balik kenyataan beliau. Pantun berkenaan berbunyi,
Bangun pagi terus bersenam,
Kaki sakit ubat disapu,
Soalan saya nombor enam,
Menteri jawab janganlah tipu.
Dalam parlimen Malaysia Baru, sindir tidak boleh, meniou boleh sahaja.