Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhkan, tetapi menyeru kepada kaedah hukuman berperingkat.
Presiden PAS menggesa kerajaan menjadikan hukuman mati mandatori pilihan terakhir selepas hukuman lebih ringan dikenakan, seperti kaedah hukuman ta’zir dalam Islam.
“Saya harap kerajaan dapat mengkaji terlebih dahulu keputusan berkenaan mengikut proses yang adil dan betul mengikut peringkat-peringkat tertentu.
“Walaupun hukum mati mandatori diperuntukkan bagi kesalahan dadah, mesti didahulukan dengan hukuman lain dulu,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong pada Ahad berkata hukuman mati mandatori akan digantikan dengan penjara minimum 30 tahun jika Parlimen meluluskan pemansuhannya.
Rang undang-undang berkenaan dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang, dan sementara itu menteri menggesa Lembaga Pengampunan mempertimbangkan untuk menggantung hukuman mati.
Terdapat 18 kesalahan jenayah memperuntukkan hukuman mati seperti mengedar dadah, membunuh, rogol kanak-kanak, rogol hingga menyebabkan kematian dan menggunakan senjata api, selain terorisme dan melancarkan perang.
Media melaporkan terdapat 1,267 banduan yang berdepan hukuman mati di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga kini tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan sejak 2014. -FMT
Related Posts :
Update [Video Najib gagal tingkat ekonomi rakyat] ‘Dia (Najib) kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’ & Ekonomi telah merudum 2016, ramai jadi penganggur! >> Berita Malay 18Isnin, 3o Oktober 2017
Ekonomi telah merudum 2016, lebih ramai jadi penganggur.
berfikir.... mencari hakikat kebenaran - blogger
‘Dia ke… Read More...
Update HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR, 30 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) mempertimbang untuk membawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah ekoran kegag… Read More...
Update [Video Tun M ulas Bajet 2018 Najib hanyalah Fantasi & KWSP akan labur USD3-4bilion untuk membangunkan semula infrastruktur Amerika] Najib 'Bodek Trump' dengan janji berbilion, supaya mudah berkira dengan Amerika. >> Berita Malay 18Isnin, 30 Oktober 2017
Dalam salah satu wawancara bersama editor Globe Cartoon, Patrick Chappatte, beliau menyebut tentang lukisan kar… Read More...
Update [Video GELOMBANG RAKYAT SABAH~Warisan Memperjuangkan Nasib Rakyat Miskin Menentang Kezaliman] Mansuh bayaran tol EDL tidak legakan rakyat Johor (hanya menguntungkan rakyat Singapura). >> Berita Malay 18Isnin, 30 Oktober 2017
Parti Warisan Sabah president Shafie Apdal arrives at the Kota Kinabalu court at
11.30am today - The Ma… Read More...
Update Wanita tinggalkan anak di dalam teksi, dan pergi merompak bank >> Berita Malay 18
30 Oktober 2017
Gambar hiasan
NEW YORK - Seorang mama muda ditangkap di Long Island, New York setelah merompa… Read More...