PKR setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan politik wang sepanjang pemilihan parti berlangsung, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya sekiranya mana-mana anggota PKR mempunyai maklumat mengenai salah laku tersebut, mereka perlu segera mengemukakan aduan.
“Buat masa sekarang ketika interview ini dibuat, Pejabat Setiausaha Agung masih belum menerima sebarang aduan.
“Apakah ia benar-benar berlaku atau tidak, hanya anggota parti di bawah sahaja yang tahu dan kalau itu berlaku saya anjurkan mereka angkat aduan segera,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Tabung Bencana Sulawesi di Menara SSM, di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR dan beliau menyeru anggota parti untuk menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu.
Saifuddin Nasution berkata budaya politik wang yang menghancurkan UMNO sebagai parti utama yang memerintah negara sebelum ini tidak akan dibenarkan sama sekali bertapak dalam PKR. - Bernama
Related Posts :
Update Sultan Melaka: Perhimpunan Ummah di Sogo tu ditaja Boboy dari Johor ka? PEMBOHONGAN Wajdi isu kuota haji 2017! PEMBOHONGAN sebeginilah yang membuatkan melayu yang bodoh merasa Islam semakin terancam di bawah PH [Video KERJASAMA PAS-UMNO TANGGUH RUU 355] >> Berita Malay 18Ahad, 5 Mei 2019
Jom Channel
Selepas menangguhkannya, PAS mengkafirkan beberapa orang termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azi… Read More...
Update Himpunan ummah baru kena HUJAN dah berteraburrr, tuikk! Kami dulu masa himpunan Bersih, tak payah jerit pertahankan Islam pun, air kimia, gas pemedih mata pun KAMI TAK LARI walaun! Polis siasat himpunan Ummah [Video Rain doesn't stop rally as speakers continue addressing the crowd] >> Berita Malay 18Ahad, 5 April 2019
KiniTV.
Heavy rain broke up part of the crowd at the Ummah rally, with some moving to seek shelter. The speakers, howeve… Read More...
Update DISEBABKAN MENTERI MELAYU/ISLAM MEMBISU >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Semua sekolah di Sarawak mulai guna bahasa Inggeris tahun depan >> Berita Malay 18
KUCHING: Mulai Januari tahun depan, sekolah di Sarawak akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pengajaran-pembelajaran … Read More...
Update Kadir jawab TMJ: Pacal yang hina berhak bincang di mana-mana >> Berita Malay 18Kadir jawab TMJ: Pacal yang hina berhak bincang di mana-mana: Ia termasuk perbincangan untuk memastikan bahawa Raja-raja tidak 'merosakkan d… Read More...