KUALA LUMPUR 14 Okt. – Walaupun isu berkenaan tarikh penguatkuasaan pemakaian kasut hitam telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, timbul pula isu warna stokin yang akan dipakai oleh murid dan pelajar di sekolah kerajaan serta bantuan kerajaan dalam kalangan peruncit.
Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, hal itu kerana kementerian perlu memaklumkan kepada peniaga sama ada warna stokin putih oleh murid dan pelajar sekolah berkenaan akan turut ditukar kepada warna hitam selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam nanti.
“Kita menyambut baik tarikh penguatkuasaan pemakaian kasut hitam berkuat kuasa pada 2021 kerana dalam masa tiga tahun bermula tahun ini, stok kasut putih dapat dijual oleh para peniaga.
“Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan peniaga berkenaan warna stokin yang akan dipakai oleh murid dan pelajar sekolah berkenaan. Sekiranya pihak kementerian mahu melakukan penyelarasan, maka para peniaga boleh buat persediaan stok stokin hitam pada tahun hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Kementerian Pendidikan memutuskan pelaksanaan pemakaian kasut hitam di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2021.
Mengulas lanjut, Amer yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang dengan harga kasut hitam yang dikatakan lebih mahal daripada kasut putih.
Katanya, terdapat banyak pilihan kasut hitam berkualiti dijual dengan harga yang hampir sama dengan kasut putih di pasaran tempatan.
“Sekiranya kasut putih milik anak-anak masih elok, lebih baik gunakannya sehingga benar-benar lusuh. Jangan lakukan pembaziran dengan membeli kasut baharu kerana kementerian memberi masa sehingga hampir tiga tahun untuk menggunakan kasut yang ada sebaiknya,” katanya.
Sumber:
Utusan
loading...
Related Posts :
Update Kejam, sibuk bekerja, lelaki ini biarkan mayat ayahnya busuk selama 2 bulan- VIDEO >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [Video Bus Expres ke Putrajaya & Impian Sarawak! BN janji bina jalan, hanya jalan kaki] Pimpinan Pakatan Harapan beri taklimat kepada calon PRU14 hari ini. >> Berita Malay 18Selasa, 24 April 2018
Pimpinan Pakatan Harapan bersama calon -calon yang akan bertanding menentang kerajaan BN pada PRU14 akan datang d… Read More...
Update [Video Asyraf, Rara antara calon anak muda PRU14 disokong Liga Pemuda & Wanita Melayu jangan takut sertai DAP] Negara kesayangan kita ini dalam keadaan getir! Undi kita menentukan hala tuju negara dan kehidupan kita selepas ini. >> Berita Malay 18Selasa, 24 April 2018
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Suka Halaman Ini · 12hb April ·
Negara kesayangan kita… Read More...
Update Bersatu akur pembahagian kerusi >> Berita Malay 1824/4/18
Calon Bersatu merakamkan gambar bersama selepas sidang media.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bersatu Selangor akur dengan keputusa… Read More...
Update [Video Tun M: Cuti 10, 11 Mei jika HARAPAN menang & Mungkin Najib akan beli calon HARAPAN] Zamry & Khalid tanding 2 kerusi, petanda JOHOR, PERAK BAKAL MILIK PAKATAN HARAPAN. >> Berita Malay 18Selasa, 24 April 2018
TINDAKAN KHALED, ZAMBRY TANDING DUA KERUSI BAYANGAN JOHOR, PERAK BAKAL MILIK PAKATAN HARAPAN
Dalam UMNO, bukan… Read More...