 |
Imej via Google Image |
KUALA LUMPUR: Kira-kira 76 peratus atau 866,270 daripada 1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima gaji kurang RM5,000 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.
Katanya, berdasarkan data Jabatan Akauntan Negara sehingga 30 Jun lalu, jumlah itu membabitkan pegawai kerajaan yang termasuk dalam kumpulan pegawai gred 44 dan ke bawah.
“Bagaimanapun, jika mengambil kira imbuhan tetap dan elaun bulanan yang diperuntukkan kepada kumpulan terbabit, jumlah itu menurun kepada 742,561 orang atau 65 peratus.
“Bagi menjaga kebajikan penjawat awam, kerajaan sentiasa membuat kajian semakan elaun dan gaji penjawat awam berdasarkan prinsip ditentukan dalam perkhidmatan awam,” katanya.
Vui Keong berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Mansor Othman (PH-PKR-Nibong Tebal) yang dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu.
Sementara itu, Vui Keong berkata, kerajaan sentiasa berhati-hati dalam membuat kajian dan semakan gaji, elaun dan imbuhan penjawat awam dengan mengambil kira implikasi perbelanjaan mengurus serta kedudukan kewangan negara.
Katanya, struktur gaji Perkhidmatan Awam yang digunakan pada masa ini berpandukan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM).
“Penetapan struktur gaji minimum-maksimum bagi anggota sektor awam berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan perumahan.
“Gaji yang ditentukan adalah berdasarkan prinsip kadar upahan untuk kerja, kelayakan masuk dan latihan, relativiti dan pariti,” katanya.
Sumber:
Berita Harian
loading...
Related Posts :
Update MCA Gesa Semua Jabatan Kerajaan Guna Bahasa Vernakular (Cina Kafir semua sama) >> Berita Malay 18
Mendapat semangat daripada kecenderungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengiktiraf kepelbagaian bahasa, Parti Politik Cina MCA semalam me… Read More...
Update [Video Saya datang sukarela, bantu siasatan SPRM isu 1MDB] Boleh dia kata 'TakTahu?' Kalau Bapak Penyamun, Anak Ikut Jadi Perompak & Tun M: Dasar perkasakan Melayu mesti diteruskan. >> Berita Malay 18Selasa, 26 Jun 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · Semalam ·
Tak usahlah nak salahkan orang lain… Read More...
Update ANWAR BOLEH KOMEN, TAPI BUKAN DALAM KERAJAAN >> Berita Malay 18
Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memberi sebarang komen tetapi beliau bu… Read More...
Update Najib, Rosmah tarik balik saman terhadap Rafizi berhubung subsidi minyak >> Berita Malay 18
Bernama
| June 26, 2018
Mahkamah memerintahkan pasangan suami isteri itu membayar kos RM20,000 kepada Rafizi dan pemilik portal ‘Med… Read More...
Update ANWAR BOLEH KOMEN, TAPI BUKAN DALAM KERAJAAN >> Berita Malay 18
Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memberi sebarang komen tetapi beliau bu… Read More...