Update Tabung Negara Derma Printer Dengan Ini Dilancarkan >> Berita Malay 18



Kita amat bersimpati dengan kegagalan pihak pendakwaraya, Jabatan Peguam Negara yang gagal menyediakan kertas pertuduhan ke atas DS Najib Razak sehingga kini dengan alasan printer atau pencetak rosak.

Sebagai seorang Rakyat yang taat, CTS dengan ini melancarkan Tabung Negara Derma Printer. Carian di kedai buku Popular mendapati harga printer adalah berharga RM259.00. 

Oleh itu, sekiranya pembaca-pembaca CTS dapat menyumbang RM0.10 seorang, kita dapat menderma printer batu kepada Jabatan Peguam Negara sekiranya penderma mencecah 2590 orang (adalah diharapkan CTS tidak tersilap titik perpuluhan).

CTS akan menyumbang sekotak CD percuma akibat CD yang digunakan Jabatan Kerajaan ini asyik korup.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :