KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Abduh berkata perkara itu berada di luar jangkaannya memandangkan kerajaan negeri itu telah dinafikan hak sejak sekian lama.
Saya pernah berjumpa dengan Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Yang Berhormat dari Pekan dan mereka masih bersetuju bahawa Kelantan tidak ada hak ke atas royalti tersebut yang diperjuangkan oleh Pas.
“Agak susah untuk dua perdana menteri membuka kunci besar yang telah dikunci oleh YB Langkawi. Tetapi takdir ALLAH bahawa kunci yang begitu kukuh itu akhirnya ALLAH hantar YB Langkawi semula untuk membukanya. Itu takdir yang tak mampu saya fikirkan sebelum ini.
Oleh itu, saya nak ucap terima kasih kepada YB Langkawi,” katanya dalam perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut mengakui pernah bersifat pesimis terhadap Dr Mahathir serta janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya lalu untuk memberi royalti petroleum sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak di negara ini.
Nik Abduh yang juga Anggota Jawatankuasa Pas Pusat berkata kesungguhan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir itu dipuji berikutan Kelantan tidak menerima royalti minyak sebaliknya menerima wang ehsan sejak 2010. –Bernama
Related Posts :
Update [Video SILAP PAS MENYERANG ANWAR] MALAYSIA lebih indah jika kita saling MENGHORMATI dan sama-sama BERTOLERANSI & Sudah2 lah PAS..Duit Deposit calon pun UMNO tolong Support? >> Berita Malay 18Sabtu, 2 Mac 2019
Ceramah Grand Finale PRK Semenyih di Jalan Vista Valley Semenyih mlm ini...
MALAYSIA lebih indah jika kita saling MENG… Read More...
Update [Video Raja Petra pembohong - Dr M] Malam terakhir kempen PH, BN di Semenyih & PAS ada peluang saman lagi... >> Berita Malay 18Sabtu, 2 Mac 2018
KiniTV.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis dakwaan beberapa exco Pulau Pinang terbabit dalam siasatan Suruha… Read More...
Update [Video Tun M: Saya tak salah bila jatuhkan BOSSKU Penyamun] Anwar dengan Mahathir sedang berganding bahu nak pekena pemimpin parti ana? Setelah usul tak percaya TIDAK MENJADI, apa lagi helah Pas untuk MENYELAMATKAN DIRI selepas ini? >> Berita Malay 18Sabtu, 2 Mac 2019
Parti ana kata Anwar nak jatuhkan Mahathir. Tapi yang ana bimbang, Anwar dengan Mahathir sedang berganding bahu nak peke… Read More...
Update ZAKARIA, ISTERI MENGUNDI DI DEWAN JKKK KAMPUNG SESAPAN KELUBI >> Berita Malay 18
Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8… Read More...
Update ZAKARIA, ISTERI MENGUNDI DI DEWAN JKKK KAMPUNG SESAPAN KELUBI >> Berita Malay 18
Calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi selesai mengundi di Dewan JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Beranang di sini kira-kira pukul 8… Read More...