* Misappropriation (perihal mengelapkan wang, pelesapan)
Raja Salman undang Dr Mahathir ke Arab Saudi
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima surat peribadi daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud untuk mengundang beliau ke negara itu dalam masa terdekat.
Surat tersebut disampaikan oleh utusan khas Raja Salman, Turki Mohamed Fahd Al Saud dalam satu pertemuan di Perdana Putra di Putrajaya.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang turut serta dalam pertemuan tersebut berkata, jemputan rasmi daripada Raja Salman itu bertujuan mengeratkan hubungan baik sedia ada antara kedua-dua negara.
"Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan akan memikirkan masa yang sesuai sebab sekarang ini kerja banyak," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir.
- Bernama