KURUKSHETRA: Seorang wanita yang baru berkahwin mendakwa dirinya dirogol oleh suami dan saudara-maranya pada malam pertama perkahwinannya.
Balai polis wanita Kurukshetra telah mendaftarkan kes terhadap suaminya, adik ipar, abang ipar, ibu dan bapa mertua, kakak ipar serta empat yang lain yang tidak dikenali, berdasarkan aduan yang difailkan oleh bapa wanita berkenaan.
Pegawai di Balai Polis Kurukshetra, Inspektor Sheelavanti telah mengesahkan pendaftaran FIR (First Information Report).
"Kes itu telah dipindahkan kepada kami dari Balai Polis Kurukshetra yang telah mencatatkan FIR. Menurut aduan, wanita itu dirogol beramai-ramai pada 13 dan 14 September.
"Kami telah membuat pemeriksaan perubatan dan sampel telah dihantar untuk satu ujian makmal," katanya.
Menurut aduan, wanita berusia 22 tahun itu berkahwin pada 12 September. Pada malam 13 September, dia diberi minuman keras oleh suaminya dan saudara-saudaranya.
Dia dikurung di dalam sebuah bilik ketika tidak sedarkan diri. Adik dan abang ipar wanita itu merogolnya pada 13 September.
Seperti yang dirancang oleh suaminya, bapa, ibu dan kakaknya serta empat ahli petapa tantrik dipanggil untuk mengadakan upacara 'pooja' pada 14 September, yang mana kemudian turut merogol wanita itu beramai-ramai.
Tertuduh juga dikatakan mengancam untuk membunuh wanita tersebut, Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - Astro AWANI
Related Posts :
Update Mahathir vs Anwar : siapa lebih pertahankan Melayu, Islam, agenda Sama Rata DAP? >> Berita Malay 18
KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR KALI 2
Mahu tidak mahu saya terpaksa menulis hakikatnya yg berlaku dlm keluarga PH bahawa konspirasi utk menida… Read More...
Update [KUANTAN] POLIS TAHAN SUSPEK PECAH RUMAH DATUK >> Berita Malay 18
Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ di sini,… Read More...
Update [Video Khabar gembira buat rakyat Kedah] Anak orang UMNO dapat, MCA dapat, MIC dapat, anak orang PAS kompom paling ramai dapat...Terima kasih Menteri Cina Kapir DAP atas inisiatif ini & 'KERJA JAHAT DAP Gobind Singh', Wan Ji boleh mengajar di Selangor, Dr Maza boleh masuk Johor dan Dr Rozaimi anak Perak boleh ngajor di Perak. >> Berita Malay 18Isnin, 24 Disember 2018
Otai BERSIH
Lagi berita baik kepada para ibu-bapa yang pendapatan seisi rumah mereka dibawah RM3,000.00 & memp… Read More...
Update Siapa Kata Menteri Kula Segaran Mengamalkan Kronisme? Fitnah Tu! >> Berita Malay 18
Satu akaun dalam laman Twitter bernama Lovelydarshan mendedahkan firma guaman, Vemal Arasan & Associates yang didakwa milik anak di… Read More...
Update [KUANTAN] POLIS TAHAN SUSPEK PECAH RUMAH DATUK >> Berita Malay 18
Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ di sini,… Read More...