Bagi yang tidak mengikuti kes Edy Rejang, kes ini berkaitan seorang anak muda Melayu yang memaki hamun seorang promoter beer di Pasaraya Giant semalam. Maafkan CTS kalau agak pesimis dalam isu ini. Apakah agak kebetulan isu Edi Rejang ini timbul ketika bantahan terhadap ICERD sedang memuncak dan DAP ambil peluang kepada kelompongan kecil ini untuk masuk sebagai hero?
Kalau diteliti naratif skrip drama ini amat menguntungkan DAP. Apa jaminan rakaman klip video Edy Rejang mencerca promoter beer dari kaum Cina tersebut bukan satu lakonan yang dirancang oleh kumpulan Melayu liberal yang menyokong ICERD? Apakah kebetulan juga hari ini, Edy Rejang duduk di sebelah Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng, sambil berkata,
Saya tidak rasis. Anak-anak saya ke sekolah Cina dan saya berkawan dengan orang Cina?
Persoalan lebih utama mengapa promosi arak dibenarkan di pasaraya Giant yang khalayaknya terdiri dari pelbagai lapisan umur dan pegangan agama? Apakah Giant sudah tidak peduli kepada sensitiviti masyarakat Islam?
Kerajaan Pakatan Harapan harus memandang berat tindakan pengeluar kilang arak yang melakukan promosi terus di tempat terbuka seperti di pasaraya. Jika iklan arak tidak dibenarkan di TV, takkan ianya boleh dilakukan secara terus walaupun di ruangan non-halal section?